Selasa, 27 September 2011

Kisahku - Maid Oh Maid [Part 1]

Sekadar Gambar Hiasan
Segala galanya berlaku pada petang Sabtu lepas, aku terima panggilan telepon dari agensi maid yang telah aku berhubung sejak 3 bulan lepas. Memandangkan mem aku nak melahirkan anak bulan November nih, maka aku rasa ini lah saat dan ketikanya kami perlukan pembantu rumah sekali lagi. Secara peribadi dah hampir 2 tahun aku dah tak pakai maid... aku rasa hidup aku penuh kebebasan kerana tiada orang asing di rumah sendiri. Namun begitu ia juga banyak mengajar aku erti kelelahan seorang isteri mengurus tadbir rumah yang sememangnya memenatkan... so laa ni aku setakat basuh baju, sapu dan mop rumah serta mengurus anak sekarang aku rasa mcm celah gigi laa kalau nak buat...

So dipendekkan cerita, bila aku dapat tepon dari agensi maid aku kata mereka ada sorang maid indon bersedia untuk bekerja, aku diminta datang melihat sendiri... gambaq dan biodata langsung takde. Take it or leave it kata agensi maid tu...demm... dah lah mem aku lagi 2~3 minggu rasanya nak beranak mengiklt kata pakar yang check... so aku dan mem setuju untuk lihat sendiri dan berpeluang interview in person dgn maid tu. So malam tu jugak aku cabut ke johor so takde lah aku letih nak pii JB pagi besoknya.

Dup dap dup dap janyungku berdetak... aku dah banyak pengalaman dengan maid ni... Ia seperti kita berjudi di gelanggang kasino lagaknya... Maidku yang pertama budak 20-an namanya Hartini, boleh laa kerja tapi tak lah superb dan bertahan 2 tahun cukup kontrak mau balik, so 2nd maid namanya Esih, umur 40-an... kejap ajer dia keje dalam sebulan tapi aku hantaq balik selepas aku dapat tau dia ni tak fit utk keje... so diganti dengan maidku yang ke-3 nama Yang, umur 40-an jugak tapi yang ni mula mula aku tengok menakutkan... riak muka yang kejam dengan mata nya yang menyorot ganas... so itu pun aku tak puashati dan aku hantar pulang...Maid ku yang ke-4 namanya Ikah... umur dalam 30-an...maid aku yang ni paling aku puashati kerana rajin, tak banyak kerenah serta taat. Beliau bertahan selama 2 tahun dengan kami setelah tamat kontrak dan bekas agensi dia tarik dia balik so tak dapat lah aku nak sambung kontraknya. Maid aku yang ke-5 namanya Sari. Dia ni masa aku nak ambik kata agen  umurnya 20-an tapi bila sampai kat umah baru aku tau umurnya baru 14 tahun. Tepuk dahi aku !! So maid ni aku yg nih tak leh harap langsung laa utk urus rumah kecuali jaga anak aku yang masa tu baru berumur 3 tahun. Korang leh bayangkan laa... wrong choice will suffer you the most 2 years.. you are gambling actually... Maid ku yang ke-6 namanya ntah aku pun dah lupa... yang ni aku terus deal dgn agen indonesia... so aku kene pii kutip kat Pelabuhan Klang... yang ni paling aku terkejut beruk nak mampus.... First impression aku tengok macam mat fit pun ada.... raut muka yang ganas serta berbau rokok... aku tepuk dahi sekali lagi.... itu bertahan hanya 1 minggu... bukan tak boleh buat kerja tapi setelah diselidik terdapat kesan kelar di pergelangantangan, rupa rupanya maid ni pernah choba bunuh diri... terus aku suruh dia pack beg dan besok jugak aku hantar balik indon... tak ke gila kalau ada org yang mental kinki dlm rumah hangpa dan boleh mental crack bila bila masa ajer.... so aku tak mau ambil risiko...memang rugi tang duit walaupun agen sana janji mcm mcm nak cari pengganti tapi haram tarak... itu memang pengalaman aku yang paling menakutkan. Selepas tu setahun aku tak ambil maid dan sebenarnya aku happy sangat... tiada orang asing dirumah... Namun tu lah... hidup ni mau sedap kan.... memandangkan sebab sebab yang aku katakan tadi menyebabkan kami tergerak balik untuk mengambil maid.... aku pun sebenarnya banyak terlepas Opportunity Lost... so it's time to get back what I'm supposed to get !

So kami sampai jam 10 pagi tadi di Agensi Pekerjaan Insan Management yang terletak di taman Orkid, berhampiran jugaklah ngan Angsana JB. Sayup sayup dari jauh aku dah nampak maid tu...memang dlm lingkungan 40 tahun... tapi first impression dia takde lah menakutkan... nampak ok... setelah  berkenalan dan interview dan mendengar lecture dari Puan Syikin dari agensi maid tu...mem aku mengangguk setuju. Kos dia ? Makahai memang mahai... sebab laa ni memang payah nak dapat maid... so nak tak nak aku bayaq laa full payment dan aku dikehendaki datang lagi ke JB hari Khamis atau Jumaat minggu ni untuk settlekan dengan Imigresen. Agensi tu bagi aku trial seminggu...kalau tak puashati boleh pulang balik katanya....

Harap harap maid ni bagus... kerana aku dah tak larat nak mencari lagi....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan