Lokasi : Bertentangan dengan Masjid Al-Imam Asy-Shafie, Maluri
Koordinat GPS : N 3.1342170037132253 E 101.7313277721405
Alamat : Jalan Perkasa, Taman Maluri, 55100, Kuala Lumpur
Waktu Niaga : Tak pasti yang penting kalau mai hari Jumaat pasti bukak.
Genre : Nasi Beriyani
Lazat : Sedap !!!
Cost Damage : Tak lebih RM10 utk sekali hadap.
Suasana : Sesuai port melepak dgn member, layanan sendiri, senang nak pii sholat jumaat pastu.
Mau Repeat ? : Tarak hal !!!
Geng Terjah : Sue, JL, Man Daud, Pitek, Abg Ram
Ulasan :
Masjid Al Imam Ash Shafie, Taman Maluri, Kg Pandan |
Port nasik beriyani adalah merupakan salah satu tempat yang biasa kami kunjungi. Kelazatan nasi beryani tidak boleh dipertikaikan dengan pelbagai lauk pauk seperti ayam masak merah, kurma kambing, ayam dan daging serta dalca dan acar buah dipersembahkan untuk santapan peminat peminat beryani. Konsep khidmat layan diri di kedai ini menambahkan seri dan kemeriahan para penggemar beryani. Pelbagai minuman disediakan termasuklah air tebu dan kelapa untuk menghilangkan dahaga kehausan setelah menketedarah beryani yang enak. Saya dapati operator kedai tersebut dah berbeza (Indon) namun rasa lauk pauk an beriani masih taidak berubah. Yang paling ketara sekali terdapa menu seperti ayam pecal lele juga disediakan di kedai ini namun saya tak sempat mencubanya. Maybe next time !!!
Port ini juga kami tabalkan Port Makan Terbaek untuk makan terutamanya di hari jumaat kerana selesai melampiaskan nafsu makan bersama rakan rakan, anda boleh terus menyeberangi jalan untuk menunaikan sholat jumaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan