Lokasi : Dekat sebelah Masjid Jamek Alam Shah, KL
Koordinat GPS : N 3.1350445662456807 E 101.71818494796753
Waktu Niaga : Tengahari aje... Tutup Sabtu dan Ahad
Genre : Sup Daging
Lazat : Sangat Hao Liao !!!
Cost Damage : Tak lebih RM10 utk makan tengahari (Nasi Campur dgn semamngkuk Sup Daging)
Suasana : Santai, sesuai port melepak dgn member, layanan sendiri, agak panas sket tempat makan
Mau Repeat ? : Korang petik aje aku setuju sokmo, makan sini gerenti kenyang dan puas !!!
Geng Terjah : Geng2 Loop
Ulasan :
Kedai Sup Sururi ni aku rasa memang terkenal melihatkan kunjungan pelanggan yang tak putus putus di waktu tengahari. Terletak di sebelah Masjid Jamek Alam Shah berhampiran dengan kawasan pudu menjadikan lokasinya terletak di tengah tengah kekecamukan manusia warga kota. Menu yang disediakan adalah nasi campur di tambah dengan Sup daging Istimewa dengan kadar harga yang munasabah dan yang paling penting, hajat kita melampiaskan nafsu makan tertunai sudah. Secara peribadi Kedai Sup Sururi ini adalah Port makan Terbaek yang saya kira keenakan sup daging lembu asli yang direneh secara perlahan lahan menjadikan sup dagingnya sangat berperisa dan kelembutan daging yang tak dapat saya gambarkan dengan kata kata. Di sini juga terdapat ikan terubuk bakar dan pelbagai ikan bakar namun saya tidak begitu berminat kerana asyik menikmati sup daging setiap kali berkunjung ke sini. Jika anda sudah kenyang utk makan tengahari, anda juga boleh memesan Bihun Sup sebagai hidangan dan santapan.
Awas, Kedai ini sentiasa penuh dengan warga kota. Anda perlu datang awal sekiranya ingin menikmati kelazatan sup dagingnya. Jika anda alah kepada makan di tempat yang tidak berhawa dingin, lupakan saja untuk datang ke sini, kerana ramai lagi manusia bernafsu yang mahu datang melampiaskannya ke situ dan bergumbira bersama rakan rakan... Ha Ha Ha (ketawa jahat) !!!
Nota tambahan : Saya diberitahu pada hari khamis ada menu istimewa Sup Kambing. Kawan kawan terjah tak ajak. Jadi nantikan kemunculan saya menerai Sup Kambeng Istimewa di Sup Sururi nanti !!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan