Lokasi : Agak terperosok gak laa lokasi dia nih... leh jalan kaki dari Jalan Inai
Koordinat GPS : N 3.1461777628757015 E 101.71968966722488
Alamat : 32, Jalan Jati, 55100, Kuala Lumpur
Waktu Niaga : 12:00–2:00 am
Genre : Mediterranean Style, Nasi Arab, Western
Lazat : Sedap !!! Banyak pilihan !
Cost Damage : Tak lebih RM20 utk sekali hadap.
Suasana : Suasana mewah, hiasan dalaman yang cantik, luar nampak eksklusif, layanan superb, makan pu sedap
Mau Repeat ? : Boleh jugak... banyak yang belum try !!!
Geng Terjah : Sue, Abg Ram, Tobab
Ulasan :
Entrance |
Cost damage utk 4 orang makan |
Jam sudah menunjukkan tepat 12 tengahari di hari jumaat. Keadaan yang panas terik menyebabkan aku dan tobab malas nak bawak kereta keluar mengembara tamabahan pula hari jumaat, saat bergumbira di tengahari tidak panjang kerana wajib untuk bergegas utk sholat Jumaat. Memandangkan port makan berdekatan tak banyak pilihan... hanya Nasik Arab yang tampak releven dalam kes ini walaupun pada awalnya ditentang hebat oleh Tuan Sue PS kerana beliau pun baru sahaja melampiaskan nafsu dgn nasik arab nih kelmarin bersama Dewa Laut si Pitek. Namun akhirnya beliau akur jua akhirnya dan destinasi terjah kali ini adalah Babylon. Terus terang aku tidak pernah tahu menahu kewujudan rentetan lokasinya yang agak tersorok dan tiada publisiti meluas. Tidak seperti Tajine atau Andalusia, mereka agak aggresif mempromosi ditambah pula lokasi mereka di tepi jalan. Namun setelah berborak baru kutahu tempat ini sebenarnya "hidup" di saat tenggelamnya matahari munculnya bulan. Tak banyak dapat aku coretkan di sini... biarlah gambaq2 di bawah yang becerita kepada hangpa semua... Enjoy !!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan