Isnin, 26 Disember 2011

Apalagi... Bokeh Selagi Boleh... Destinasi : KLIA

Hidup Mau SEDAP !!! Hari Ahad jam 12 tengahari... aku dah bersiap sedia outdoor shooting buat kali kedua dan ini merupakan perchobaan untuk menyedapkan lagi si irfan dan keluarga ride sekali lagi sang ERL nih... Jika sebelum ini, destinasi kami adalah KL Sentral namun kali ini agak berbeza sedikit..kami menuju ke KLIA... Perjalanan tak sampai 5 minit pun membuat si irfan mengeluh kekecewaan...namun apabila menjejakkan kaki nya di KIA.. beliau tampak gembira dan bebas laksana burung yang terlepas dari snagkarnya... hahahaha... memang banyak aku amik gambaq dan aku ingin kongsikan bersama... Jika ada komen membina ...sila komen...jangan malu dan segan...
Perchobaan Bokeh
Perchobaan Bokeh


My Family Ride

Sempat laa aku bawak family aku belasah Fast Food kat sana memandang tiada pilihan lain untuk makan. Kalau ada kedai mamak alangkah syioknya... hahahaha...
Selesai sudah melantak kami anak beranak... kami bersiar siar di sekitar KLIA.. terdapat taman permainan kanak kanak dekat KFC cukup mengujakan si Irfan...  Lantas tanpa berlengah masa kami menerjah ke sana.
Aku tak lepaskan peluang untuk shoot tentang senibina KLIA nih... Agak mengagumkan kerana ia berteraskan konsep khemah yang modem... itu pendapat aku laa... memang unik senibina dan suasana yang harmoni terasa bila anda berkunjung ke sini.
Susunan Escalator yang menakjubkan
Akhir sekali... terdapat juga pameran tentang airport di sana. aku tak lepaskan peluang untuk menchoba pelbagai posisi and sudut gambar...
Irfan yang kagum dengan latar belakang Airport
Sayonara... Irfan dalam perjalanan pulang
Kembara ini tampak ringkas kan...itu mungkin pendapat hangpa laa... Kembara ini mengambil masa 3 jam dan bermodalkan kos tiket pergi balik sebanyak RM22 hengget serta makan satu family habis dalam RM70 hengget (baru ku tau makan fast food kat airport pun kira lain harga ekk)... apa yang penting...kami sekeluarga menikmati kualiti masa bersama sama dan pada masa yang sama... aku leh laa menchoba kamera G12 nih... Memang tanpa prejudis, sangsi dan ragu ragu... G12 ni memang terbaekkk laa... fungsi yang tersedia memudahkan kita "menembak" secara automatik... namun tidak melupakan kebolehan kawalan manual untuk kita choba menghasilkan karya yang terbaekk... !!!
~ Enjoy our Moment ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan