Fenomena Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011.. Malam Ini..
Jadual Falak 1433 H - 14 Muharram bersamaan 10 Disember 2011
Insya Allah Bi Iznillah Akan Berlakunya
Gerhana Bulan Penuh Pada 8.30 malam - 12.00 malam
Fasa Penuh pada Jam 10.31 malam
Bersedia untuk Solat Sunat Gerhana Bulan.. Seelok-eloknya sila hadir ke masjid yang berdekatan dengan rumah anda untuk melaksanakan Solat Sunat Gerhana Bulan (Solat Sunat Khusuf) ini kerana ianya mempunyai teks bacaan khutbah dan solat akan dilaksanakan secara berjemaah.
HUKUM SOLAT GERHANA
Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan.
Ini berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna : "Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang (hilang gerhana) apa dengan kamu".
WAKTU MELAKSANAANNYA
Waktunya bermula ketika berlakunya gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana tersebut dan keadaan menjadi seperti sedia kala. Begitu juga tidak diharuskan menambah ruku’ menjadi tiga bagi satu rakaat sekalipun gerhana berlaku panjang, atau memendekkan ruku’ menjadi satu bagi satu rakaat sekalipun gerhana sudah berlalu. Jika gerhana berlalu dan hilang sedang kita masih dalam keadaan bersolat maka dikira sah. Jika gerhana berlaku pada waktu yang ditegah padanya kita bersembahyang, maka dengan sebab gerhana kita disunatkan bersembahyang dan makruh pula meninggalkannya jika kita melihat fenomena gerhana. Ini adalah pendapat di sisi mazhab kita.
LAFAZ NIAT SOLAT GERHANA BULAN
Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami'ah!! (Solat berjemaah)
Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”
KAIFIYAT @ CARA MELAKSANAKANNYA
Secara ringkasnya adalah seperti berikut :
Rakaat pertama
1. Niat solat Gerhana, Takbir
2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
3. Rukuk
4. I'tidal
5. Baca Al-Fatihah dan surah
6. Rukuk.
7. I'tidal.
8. Sujud
9.Berdiri semula untuk rekaat yang ke-2.
Rakaat kedua
1. Takbir.
2. Baca Al-Fatihah dan surah.
3. Rukuk.
4. I'tidal,
5. Baca Al-Fatihah dan surah.
6. Rukuk.
7. I'tidal.
8. Sujud
9. Tahiyyat Akhir
10.Memberi Salam
-Tiada iqamah tapi cukup sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
-Mana-mana surah hendaklan mengikut susunan surah dari Al-Quran
-Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.
-Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.
Untuk Selanjut Nya Mengenai Panduan Untuk Menunaikan Solat Gerhana Bulan Atau Matahari.. Anda Boleh Klik Link Website Di Bawah Ini..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan