Suka aku nak berkongsi kisah hidup aku tentang sang kancil ku nih. Aku berulang alik dari rumah ke opis setiap hari sejauh 120km dengan menaiki sang kancil berkuasa 36 kuasa kuda. Boleh tahan laju gak laa aku bawak purata kelajuan 120 kmpj dan biasanya aku akan lalu lorong ke-3 laa sbb laju kan... hahahaha... demi mendapatkan tahap penggunaan petrol yang optimum ngeeee... kebanyakan masa aku akan menunggang kancil ku nih dalam gear 5... Aku suka menunggang sang kancil pabila merentasi hutan metropolitan kerna mudah untuk menyelit dan terselit serta mudah untuk tambat kat kawasan kawasan yang sendat dan padat.
Walau pun begitu... sang kancil tetap menjadi sang kancil dan mana mungkin bertukar menjadi sang dinasour. Seringkali sang kancil ini di herdik dan dihina... dihon dan dikelipkan lampu dari belakang dengan nada suara...nyah ko dari jalan nih, cukup buat ku menyampah... Mereka seolah olah mahu menghalau sang kancil nih agar mengikuti jalan yang terkiri sahaja dan tidak selayak baginya untuk berada di lorong ke-3 mahupun lorong tengah... aku memang tidak mengerti namun ku pasti manusia di bumi Bolehland ni sememangnya sudah dijangkiti dengan sindrome materialistik... yang kaya disembah...yang miskin disanggah.... penilaian dari mata kasar mengabui mata masyarakat kota. Ilusi ini betul betul membuat ku rasa jahannam... jangan fikir sang kancil ini bangsat kerana sang kancil juga membayar cukai jalan sama seperti insan yang lain.... so sebelum nak hon atau nak kelip2 kan lampu kat sang kancil... fikir dulu la yer..kalau dah hon baru nak fikir... itu maknanya otak hang dah kat kapla lutut laa gamaknya...ngeee... !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan