Destinasi kali ini adalah Malacca Bandaraya Bersejarah dan kami berpeluang menchoba Avillion Legacy Hotel yang terletak di Jalan hang Tuah. Oleh kerana laa ni waktu cuti sekolah, kadar semalam ajer sudah mencecah dua atus setengah ringgit mesia... demm !!! Namun ini je lah peluang masa yang ada untuk bawa keluarga ku jalan jalan. Walaupun hanya dapat semalam, aku kira aku masih bernasib baik kerana hotel2 lain semuanya sudah habis ditempah.
Bandaraya Melaka ternyata agak sibuk walaupun bukan hujung minggu dan aku pulak buta jalan kat situ. Dengan jalan yang kebanyakannya "one way street" di tambah pula alat GPS aku juga gagal membantu aku membuatkan aku terbantut untuk menjelajah negeri sang kancil nih. Bayangkan aku ronda kat area Mahkota Parade dan aku nak keluar hidup2 dari situ pun terkial kial dibuatnya. Lagi satu tempat tempat bersejarah pulak aku dah naik jemu nak pii... jadi aku habiskan masa yang berkualiti ngan si irfan untuk berenang di hotel aje petang tu. Aku agak kurang selesa dgn saiz kolam renang kerana terdapat dua kolam di Avillion legacy, satu untuk budak budak yang ayaqnya separas bawah lutut aku dan satu lagi agak dalam separas bahu aku (agak dalam laa utk budak 6 tahun).. Walaupun si Irfan tampak gembira namun dia terpaksa berenang di kolam dewasa di bawah pengawasan aku dan tak dapat bebas... hehehehe....
Aku rumuskan Hotel Avillion Legacy Malacca :-
Lokasi : Strategik sebelah Bandar Hilir
Bilik : Ok lah tiada WOW factor
Suasana Bilik : Ok bersih, tarak bau hapak,
Kemudahan bilik : Stended tapi malangnya tarak sejadah disediakan, hanya ada tanda arah kiblat aje.
Kemudahan Hotel : Stended ada gymnasium dan kolam renang. Ada Wifi tapi kene bayar laa RM25 kalau nak guna.
Menu breakfast : Hampagas... semua tak kena selera tekak aku dan piihan tak banyak.
Layanan frontdesk : Hampeh. 40 minit baru boleh check in bilik.
Layanan receptionist : Teruih tarak orang angkat.

Bila malam tiba, kami bersama adik ipaq pii terjah satu tempat yang dikatakan syiok Asam Pedasnya... Jemput ke link sini untuk ulasan port makan sedap nih !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan