Ahad, 18 Disember 2011

Jika Mau SEDAP berkelana... itu kuda mesti mau bagi makan baeekkk punye !

Hidup Mau Sedap !!! Hujung minggu ni adalah antara yang kurang produktif bagiku. Semalam aku terpaksa menyambung tugasku memeriksa pakej budak2 Mekanikal utk projek Trukmenistan.  Aku ada FAT untuk pakej Waste Water Treament dan kali ini aku ditugaskan untuk memeriksa 2 jenis Analyzer iaitu Phenol dan Hydrocarbon Analyzer. Mengikut jadualnya 1 hari leh setel tapi tu laa..sometimes shit happens.. Vendor aku ni mati kutu analyzer dia menggila... so kene sambung hari sabtu laa untuk setelkan pakej nih...So semalam kira burn sudaa satu hari kerna walaupun aku sampai rumah jam 3pm, aku dah keletihan... so aku sekadar bawa anak anak dan mem ke Tesco & Giant untuk menikmati angin petang... hahahahaa... Ok tapi bukan itu yang aku nak citer sebenarnya... Ni kisah Sang Kancil aku ni haaa....

Dah 2 minggu sang kancil ku ini meronta dan menjerit manja dengan ku... Ye lah kan... rentetan sibuk dengan urusan duniawi..aku terlupa bahawa sang kancil ku nih dahagakan makan&minum (aka minyak hitam) yang segar bugar, tapak ladam kuda (aka break pad) yang mencengkam dan juga tali kendati yang baru (aka Tali kipas). So aku manfaatkan laa hari nih untuk menyervis sang kancil ku nih... Minyak itam ngan filter aku beli kat kedai spare part dengan harga yang memuaskan... so aku segera ke kedai servis kete dan nampaknya lengang (mungkin hujung bulan dah tiba kut) membuatkan urusan ku selesai dalam tempoh masa 75 minit sahaja. kos keseluruhan untuk menyervis sangkancil ku nih ada laa dalam serat lapann poloh gak laa... Apadehal, aku mempunyai balang ke-5 untuk digunakan... (nanti aku ringkas dan kongsi tentang sistem JAR atau balang dalam pengurusan kewangan diri nanti)... yang penting perjalananku sehari hari tidak terganggu dan SEDAP...Insya Allah...

Bil Servis Sang Kancil @ 181211



Tiada ulasan:

Catat Ulasan