Bila kita berbicara tentang SEDAP, kita seringkali memikirkan apakah perkara perkara yang boleh menggembirakan diri kita atau pun apakah sesuatu yang dapat melampiaskan nafsu kita semata mata walhal sebenarnya skop SEDAP ini memang tidak ada batasannya bagi saya lah. Salah satu perkara SEDAP yang boleh kita lakukan adalah melakukan sesuatu yang dapat memberi KESEDAPAN kepada kaum keluarga, sahabat handai mahupun jiran tetangga. Melihat orang disekeliling kita gembira juga sebenarnya memberi KELAZATAN dalam kehidupan kita.
Natijah dari perkara di atas, setelah terdengar seorang sahabat akan berangkat ke Cameron Highland untuk hanimun yang entah ke berapa kali nya... geng geng loop sepakat membuat kejutan. Setelah menketedarah di Kedai mamak Bismi di Carrefour Cheras tengahari tadi... Kami melihat lihat produk Goji iaitu herba dari Jepun yang dikatakan mempunyai kuasa mujarab utk meningkatkan kejantanan namun harganya lapan poloh hengget sekotak (ada 15 peket) menyebabkan hasrat kami terbantut ketika itu untuk bertanya dengan lebih lanjut.
Kami choba mengheret si PITEK (bukan nama sebenar) masuk ke dalam farmasi bagi melihat produk produk yang bagus untuk meningkat tahap SUKARIA dan KELAZATAN beliau sewaktu beliau akan berhanimun hujung minggu nih. Tampak beliau malu untuk melihat dengan lebih dekat menyebabkan kami menyambar 3 produk ini agar sahabat kami si Pitek dapat menchobanya. Alhamdulillah, kos nya empat poloh hengget kami tontong sorang sikit dan tampak kawan kita nih macam tak percaya. Hahahaha... Semoga usaha geng geng loop ni membuahkan hasil. Kawan kawan hanya mampu membantu setakat ini dan berdoa hanya Allah yang menentukan rezeki kita. Yang penting banyakkan berdoa, jangan stress dan ikuti lah nasihat kawan2 yang mengusulkan agar hang menahan diri (DGFE) agar sampai ke kemuncak persada dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan