Jumaat, 9 Disember 2011

Sup Meletop Bandar Tasik Permaisuri

Lokasi : Bandar Tasik Permaisuri
Koordinat GPS : N 3.1461777628757015 E 101.71968966722488
Alamat : N/A
Waktu Niaga : Sampai tengah malam kut
Genre : Sup dan Nasi Ayam
Lazat : Boleh la...
Cost Damage : Bawah soploh hengget
Suasana : Typical food court
Mau Repeat ? : Hurmmm.......
Geng Terjah : Sue, Pitek, Abg Ram, Tobab, Amirul

Ulasan :

Sama seperti post saya Makan Sedap di Wong Solo, port ini diperkenalkan oleh Abang Ram kerana beliau merupakan taiko besaq kat area Bandar Tasik Permaisuri nih. Ini dah kali ketiga berturut turut kami sholat Jumaat di sini. Kali ini kami terjah Sup Meletup berhampiran dengan masjid yang agak besar di situ. So senang lepas melahap teruih jalan ke masjid.

Lokasi terletak di tepi jalan dikelilingi Pangsapuri dan apartmen aku rasa strategik bagi mereka yang bujang mahupun yang dah kawin untuk melampiaskan nafsu makan depa. Deretan kedai ini aku rasa cukup untuk pelanggan membuat pilihan utk makan. Menurut Abang Ram, tempat ini "hidup" di waktu malam. Aku menchoba nasik goreng ayam dan sup daging meletop... nasik goreng ayamnya boleh laaa so-so tiada faktor wow pun tapi sup meletup dia... pergh... lain dari yang lain... berbedza dari sup daging Sururi dan tempat2 yang lain... rasa dagingnya...pedas nya...masin nya... bagi aku memang ngam ho.... dan memang benar lah sup ini dinamakan dengan sup meletup kerana selepas aku menghirup sup nih.... kapla aku rasa nak meletop pening... mungkin paras kolesterol aku dah memancut ke siling agaknya... korang choba lah kalau nak tahu meletop ke tak... hahahahahaha....



2 ulasan:

erica dior berkata...

hey..nice blog..
mohon pautkan blog saya disini..
http://kakimakansanasini.blogspot.com/
blog anda telah say pautkan..
terima kasih

Unknown berkata...

x tau kenapa org suka mkn kat sini. keadaan kedai yg bagi sy sungguh kotor. kat tpt daging sup ada byk lalat. sup pun...blh le. lbh kurang rase sup ani utara....yg penting kebersihan. kalu sdp tapi kotor x lalu nak mkn...

Catat Ulasan