Rabu, 28 Disember 2011

Saksikan Perbezaan Orang Yang Amik Gambaq Dengan Orang Mengolah Gambar... Besar bezanya...

Hidup Mau SEDAP !!! Hari ini Selasa 27 Disember 2011, suasana opis agak lengang... aku yang bercuti agak panjang gak laa selama 4 hari kembali ke opis dengan mood yang separa sedar... Ramai yang masih bercuti dan aku mencari cari geng geng loop yang lain...Sue dah tentu tarak kat opis kerna kapla lutut masih terkehel dan masih menjalani rawatan fisioterapi... bayang bayang tobab dan Abang Ram pulak langsung tak kelihatan... Komplot G12 yang ada hanya lah aku dan Amirul Si Kek Pisang (Tukang Racun Negara)... Jadi untuk menyemarakkan suasana... aku post laa satu gambaq mem aku buat adunan kek pisang kat tauke Kek Pisang nih... gambaq biasa ajer... cuma aku set laa shutter speed agak tinggi untuk "freeze" movement alat pengadun tu... Tanpa ku sedari si Amirul Kek Pisang bertanya kat aku nama mem aku dan katanya dia chuba buat kelainan... aku tak tau laa dia nak wat apa  tapi yang pasti aku beliau mesti tengah mengolah gambar yang pada aku biasa biasa ajer ... tu dia dia post kat aku balik gambaq tadi menjadi luar biasa..  amat kreatif dengan menonjolkan sesuatu yang berbeza... beliau berjaya mengubah subjek dalam gambaq tu...asalnya aku memfokus gelodak adunan kek pisang sewaktu di"spin" sebenarnya tetapi Sang Kek Pisang berjaya mengubah persepsi dan fokus subjek kepada alat penggerudi pengadun tersebut... Hangpa nilai lah sendiri gambaq nih dan aku belajar sesuatu yang berharga hari nih... "Fotografi bukan setakat amik gambar aje tetapi pengolahan juga penting untuk menyerlahkan mesej apa yang cuba disampaikan. Jadi lah seorang pengarah terhadap gambar kita kerana setiap gambaq ada cerita disebaliknya"... Terima kasih kerana memberi ilmu yang bernilai pada aku selaku budak baru belajaq !!! Kredit to Blogger SehastaMungkin

Sebelum di"EDIT" oleh Si Kek Pisang (Blogger SehastaMungkin)
Selepas di"EDIT" oleh Si Kek Pisang (Blogger SehastaMungkin)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan