Khamis, 15 Disember 2011

Tazkirah SEDAP ~ Nilai masa dan mensyukuri nikmat umur

Masa atau waktu amat berharga dalam kehidupan insan. Seorang muslim yang mithali, sentiasa menyedari masa adalah sesuatu yang amat bernilai kerana masa itu adalah merupakan kehidupannya.

Manusia akan berada dalam kerugian sekiranya kita tidak menguruskan masa dalam kehidupan kita dengan betul kepada perkara-perkara yang baik dan berfaedah. Orang beriman sentiasa memperhitungkan setiap waktu dan masa yang digunakannya. Orang yang lalai sudah tentu tidak menguruskan masa mereka untuk menghadapi hari akhirat. Mereka termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi dan tertipu dengan kehidupan dunia yang sementara.

Orang yang berbahagia adalah orang yang menyediakan bekalan bagi menghadapi alam akhirat. Manakala orang yang rugi ialah orang yang bergelumang dengan maksiat sehingga dia tidak menyedari dia dipanggil oleh Allah s.w.t. dalam keadaan melakukan kemungkaran dan kemaksiatan.

Antara nikmat yang paling berharga ialah nikmat umur. Setiap pertambahan umur, semakin dekatlah kita dengan kematian, oleh itu hendaklah kita menggunakan umur yang ada sekarang dengan sebaik-baiknya sebelum datang ajal. Jangan tertipu dengan kesihatan yang baik, kekayaan dan pangkat kerana semuanya tidak dapat membantu kita bila nyawa atau roh bercerai dari jasad. Umur yang digunakan itu akan dipersoalkan oleh Allah s.w.t. diakhirat nanti, oleh itu kita hendaklah menggunakan nikmat umur ini dengan sebaik-baiknya.

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Tiada ulasan:

Catat Ulasan