Apabila seseorang itu ditimpa bala atau musibah, jika dia seorang yang berterusan melakukan maksiat kepada Allah, maka ketahuilah itu bukanlah balasan terhadap dosa dosanya, tetapi itu adalah sebagai pengajaran padanya supaya dia segera bertaubat kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t dengan kasih sayangNya memberi peringatan kepada seseorang itu melalui musibah yang dikenakan kepadanya agar dia tidak terlalu jauh menyimpang dan mahu kembali kepada jalan yang benar.
Ada ketikanya musibah itu terus saja dikenakan pada yang punya diri, ada ketikanya dikenakan pada anak isterinya atau pada keluarganya. Jika dia seorang awam yang baik tetapi kurang ibadatnya, maka musibah itu ada kalanya sebagai menambah pahalanya kerana syurga itu ada kalanya tidak diperolehi dengan berpuasa disiang hari dan beribadat di malam hari, akan tetapi ada kalanya syuga itu diperolehi melalui susah payah mencari rezki yang halal untuk menyara keluarga.
Jika dia seorang yang soleh, maka musibah itu juga dikenakan padanya supaya dia bersabar dan dengan sabar itu dapat meningkatkan makamnya disisi Allah s.w.t.
Begitulah sedikit hikmah atau rahsia di sebalik sesuatu bala atau musibah yang menimpa seseorang itu. Semuanya adalah kerana kasih sayang Allah kepada hamba hambanya, bukan kerana balasan atas sesuatu perbuatan hamba kerana balasan hanya akan berlaku di akhirat dan tidak akan pernah balasan itu diperolehi di dunia. Jika balasan atas setiap perbuatan diberi di dunia, nescaya Nabi kita Muhammad s.a.w tinggal di dalam istana yang indah indah. Tetapi balasan itu tidak diberikan di dunia malah ditangguhkan sehingga tiba hari pembalasan kelak.
Maka setelah kita mengetahui betapa besar kasih sayang Allah s.w.t kepada hamba hambanya, seharusnya kita bersyukur diatas nikmat iman dan islam kerana keduanya daripada sebesar besar nikmat.
Petikan dari Jom Berdakwah Di FB
Petikan dari Jom Berdakwah Di FB
Tiada ulasan:
Catat Ulasan