Ahad, 8 Januari 2012

SEDAPnya Photoshop nih walaupun payah... Hahahaha

Hidup Mau SEDAP !!! Hari ini sabtu walaupun cuti tapi ternyata ianya cuti yang memenatkan. Namun aku masih mampu mencuri masa untuk membuat apa yang aku suka... bagiku kebebasan kita selaku manusia adalah kemampuan kita membuat sesuatu yang kita minat / suka setelah kita mencelikkan mata... sejak jam 9am pagi tadi aku dah bertolak ke kota metropolitan untuk menghadiri sedikit kuliah sehinggalah ke jam 6pm. Walaupun kepenatan, aku masih mampu menggembirakan ahli keluarga dengan membawa mereka "outing" menikmati makan malam di luar, membawa irfan ke TESCO utk bermain di taman permainan serta mencari keperluan si iesya (semalam Iesya bisik kat tinge abah dia nak puting susu... heheheh). Akhirnya jam 12pm nampaknya semua sudah ketiduran dan bermula lah episod aku "mencuri" waktu tidurku...
Berbekalkan komputer desktop yang aku kira teknologinya sudah berusia 3 tahun ke belakang.. aku menchoba nasib untuk memulai ekspedisi menyunting gambar gambar menggunakan Photoshop CS3 portable yang aku "copy" dari blogger Sehasta_Mungkin. Terus terang aku katakan... pada mulanya software PS CS3 ni memang payah untuk digunakan jika tiada panduan... tak tau nak bermula dari mana... Namun setelah aku godek godek...nampak macam boleh pakai PS nih kat pc aku serta berbekalkan sedikit panduan... perchobaan demi perchobaan dijalankan.... dan izinkan aku berkongsi hasilnya dengan hangpa semua...


Ini adalah gambar yang diambil oleh MogenAliRico aka adik aku daa dengan menggunakan Nikon D80. AKu memang kagum ngan gambaq nih memandangkan bokeh nya agak bagus... Jadi hari nih aku akan menggunakan gambaq ini yang belum disunting nih menjadi mangsa eksperimen "choba jaya"...

Mula mula aku cuma ngejas perkara perkara asas laa mcm contrast, brightness... ala korang pun biasa laa kan ngejas mende2 nih... cuma aku nampak laa ada banyak lagi bende boleh ngejas mcm exposure, clarity and vibrance... dan inilah hasilnya... gambar yang asal aku choba naikkan seri...


Sekarang, aku choba lebih aggresif lagi... aku choba utk bermain main dengan rona rona warna ...agar gambar yang kusam tanpa warna "menyelar" akan tampak berseri... dan inilah hasilnya...


akhirnya aku menchoba satu fungsi dalam PS nih nama dia Lab Color... memang superb laa ini feature... korang boleh naikkan sesuatu warna secara drastik... oleh kerana subjek aku ni manusia... jadi aku choba naikkan warna kulit muka irfan nih menjadi sesuatu yang agak "keterlaluan"...


dah pukui 1 pagi...  mataku sudah berpinar dah tambahan pula aku terpaksa menghadiri sedikit kuliah esok pagi sehingga lah petang... walaupun penat... sekurang kurangnya aku pasti menemui sesuatu perkara yang baru dan aku gembira dengan ilmu sebegini....

Sekian...selamat titun !!! ZZZZzzzzzzz.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan