Ahad, 27 Mei 2012

Ubat SEDAP ~ Duromine yang LAZAT tapi...



Assalamualaikum semua... Hari ini saya nak berkongsi pengalaman menchoba ubat ini yang diberi nama Duromine. Bagi saya ubat ini sangat berkesan kerana ia berfungsi menyekat nafsu makan menyebabkan kita tidak terasa lapar langsung. Duromine merupakan bahan aktif yang berbentuk kapsul dan berisi phentermine sebagai alat penekan  nafsu makan (appetite suppressant).  Biasanya Duromine tersedia dalam 3 kekuatan/dosis, 15mg, 30mg & 40 mg.  Sejak diperkenalkan pertama kali, Duromine telah berhasil dimanfaatkan sebagai terapi untuk membantu orang-orang yang berkelebihan berat badan untuk menurunkan beratnya secara santai dan sukses.  Duromine direkomendasikan hanya untuk pesakit yang obes berat badan macam aku laa atau lebih dan akan digunakan dalam kombinasi diet sehat dan olahraga. Duromine dianggap baik hanya untuk pesakit dengan kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi atau diabetes. Duromine merupakan "appetitie suppresant" dan mengurangi nafsu makan dengan mempengaruhi sistem saraf pusat dengan bahan kimia aktif.  Phentermine adalah unsur aktif dalam duromine yang mempengaruhi neurotransmitter di otak yang menyebabkan rangsangan di area yang mengontrol nafsu makan. Rangsangan ini mempengaruhi keinginan makan dan rasa lapar berkurang. 

Namun aku menchoba secara konsisten selama 6 bulan sahaja kerana penggunaan jangka panjang phentermine tidak dianjurkan dan juga karena penggunaan jangka panjang cenderung membuat phentermine tidak efektif. Phentermine dapat menyebabkan kita rasa ketagih (sebab duromine ni pun geng amphetamine jugak aku rasa ) dan karenanya harus dikawal dalam penggunaannya.  Duromine juga bertindak dengan memecah lemak yang tersimpan.

Jika merujuk kepada forum perubatan, kesan sampingan ubat Duromine ni adalah seperti berikut :-

* Merasa gelisah
* Merasa lemah
* Tekanan darah tinggi
* Perubahan dalam drive Seks
* Sembelit
* Sakit kepala
* Kesulitan bernafas
* Kekeringan pada mulut
* Imsomnia

Simptom dari duromine dengan dos yang berlebih termasuk kelebihan tenaga, tremor, laju pernafasan meningkat, kebingungan, panik, kelelahan berlebihan, depresi, hipertensi.

Duromine harus dihindari dalam kondisi apapun jika Anda menderita dari salah satu kondisi medis yang diberikan di bawah ini:

* Tekanan darah sangat tinggi
* Masalah dengan hati
* Penyakit jantung
* Penyempitan pembuluh darah

Simptom di atas tak sama di antara individu dengan individu yang lain... Aku mengalami kekurangan air, kulit menjadi kering dan menggelupas serta tak boleh tidor malam... Oleh yang demikian, aku berhenti mengambil ubat ini secara serta merta.

Saya tidak sarankan anda menchoba ubat ini... serius... walaupun anda boleh menurunkan berat badan secara drastik, namun kesan sampingannya tidak berbaloi....

Semoga beri manfaat...

15 ulasan:

Si Tukang Karut berkata...

sila emailkan pd sayaa
dimana sy boleh dapatkan ubat ini...
alongjana@yahoo.com.my

C_puTCaRaMeLo berkata...

ubat ni mmg berkesan untuk menurunkan berat badan..dulu saya pernah ambil,dan dalam masa 2 minggu,berat badan turun sebanyak 5kg..tapi mmg kne minum air byk.at least 3 botol besar sehari (1.5l*3).klu nk ubat ni,mmg kne jumpa doktor di klinik dulu.x boleh beli di farmasi mcm tu je.

Lina Ina berkata...

Kesan penurunan berat tu turun secara mendadak ke??

Lina Ina berkata...

Kesan penurunan berat tu turun secara mendadak ke??

jajazz berkata...

hari ni first day try... erm, mmg sangat potong selera. kesan sampingan, i jadi semakin aktif dan x mengantuk.. masa drive ambik anak balik sekolah pun lgsg x mengantuk sllnyer kalo tghari mmg nak bukak mata pun payah. i ambil atas nasihat dc yer sbb BMI dh melebihi paras ideal... ;-)

Kartini Saini berkata...

Beli dimana yer...blh sye tahu

Kartini Saini berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Zizan Mj berkata...

Sy perlukan duromine utk turun berat badan..pm harga 30mg
0124142528

Hebe berkata...

hello,i'm interested in your products,please tell me more,thanks
hebefashionpay@gmail.com

Skype,win.win771

Cikmi berkata...

pernah beli harga sekarang plg murah rm380 sekotak tahan sebulan..try sebulan je sebab mahal hehe

nur hazwani berkata...

Mahal nye rm380....sy dapat ubat ni rm180 je kat klinik....sy memang gunakan ubat ni da lame....doc yg sarankan.....sbb nk lawan nafsu mkn bile amik ubat diane35.....

nur hazwani berkata...

Mahal nye rm380....sy dapat ubat ni rm180 je kat klinik....sy memang gunakan ubat ni da lame....doc yg sarankan.....sbb nk lawan nafsu mkn bile amik ubat diane35.....

Nunu Fadli berkata...

Sis nur hazwani boleh tau dapat di klinik mana? UrgentšŸ˜­

Azuan Azzeham berkata...

Klinik mana ya..saya pun nak.

Azuan Azzeham berkata...

Klinik mana ya?

Catat Ulasan