Ahad, 27 Mei 2012

Ubat SEDAP ~ Orlistat si pil biru


Wujudkah ubat yang SEDAP ? hahaha aku sendiri tak mengerti sehingga ke saat ini. Bagiku ubat adalah sesuatu yang pastinya pahit, payau dan menjelikkan... Namun setelah menjejakkan kaki ke umur era 3 series ni... mau tak mau kene jugaklah beringat... jadi aku nak kongsikan sesuatu yang aku kene makan berikutan paras triglycerides dan kolestrol aku sudah melepasi had kelayakan sebenarnya... Ubatnya berwarna biru... harga dlm 3 ringgit sebijik yang diberi nama Orlistat keluaran xenical dan banyak jugak jenama generic yang harganya aku rasa boleh dapat sekitar 2 ringgit sebijik.

Xenical (orlistat) ni berfungsi menyekat sesetengah lemak yang kita makan, mencegah agar lemak  dari hasil pemakanan  diserap oleh badan anda. Xenical digunakan bersama-sama dengan diet yang dikurangkan kalori dan penyelenggaraan berat untuk merawat obesiti di kalangan orang yang mempunyai faktor risiko tertentu (seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan kolesterol yang tinggi atau triglycerides). 

Namun kalau anda menchoba ubat ini...hati hati ketika kentut atau "melabor" kerana lemak yang tidak diserap ke dalam tubuh kita akan dinyahkan melalui proses penyahtinjaan berbentuk minyak oren... jika tidak pasti anda akan terkincit dengan lelehan minyak di punggung anda... hahahaha jaga jaga yaa.... anda juga tak perlu meneran ketika "melabor"...hanya perlu berdehem sudah cukup untuk proses penyahtinjaan berlaku... sangat efisien... heheheheh...

Ubat ini sebenarnya perlu mendapat kebenaran dari doktor kerana ia mungkin memberi kesan sampingan terutamanya pesakit yang mempunyai penyakit kardiovaskular, masalah dengan hati atau pun tidak boleh diambil oleh wanita yang sedang mengandung kerana selain dia menghalang lemak diserap ke dalam tubuh, ia juga menghalang  beberapa vitamin yang diperlukan oleh badan diserap. Jadi pastikan anda mendapatkan nasihat dari doktor anda sebelum menchoba...

Aku pernah mengambil ubat ini secara konsisten selama 3 bulan... hasilnya memang bagus... paras kolesterol turun, berat badan menyusut tetapi ada kesan sampingannya seperti aku cepat letih dan aku memerlukan air dalam kuantiti yang banyak... Jadi aku berhenti ambil ubat ini dan hanya makan ketika aku melantak makanan berkolesterol tinggi seperti layan sup kambing ka atau apa jua makanan berminyak... Jadi, dalam kantung ubatku, pasti ada bekalan jika saat memerlukan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan