Ahad, 22 Julai 2012

Kisah Hidup SEDAP ~ Kehidupan si tukang masak...



Hari nih izinkan aku meluahkan sesuatu dah lama berbuku di sanubari ku...Dah lama aku dok perati kehidupan si tukang masak sewaktu menunggu order ku siap... tak kira lah di mana...di kedai mamak, di gerai gerai mahupun chef chef di hotel 5 bintang... bagi ku mereka semua mempunyai satu ciri persamaan... yang aku panggil PASSION atau minat dan kesungguhan... satu kerjaya yang bagiku memerlukan minat dan kecintaan terhadap memenuhi nafsu serakah manusia terhadap tuntutan nafsu makan...

Si tukang masak yang menyajikan makanan yang sedap bagi ku sangat istimewa... mereka seolah olah mempunyai peminat mereka sendiri rentetan juadah dan makanan yang disediakan memenuhi citarasa pelanggan... kekadang aku agak "ngalib" memerhatikan si tukang masak dengan pantas menyajikan juadah... seolah olah skrip memasak sudah menjadi rutin dan kebiasaan...masak main campak ajer ke kuali... and walla... siap untuk dihidangkan... yang penting SODAP... hahahaha... Jika dibandingkan kerjayaku sebagai jurutera... aku tak senasib dan mempunyai tuah seperti si tukang masak... aku tiada peminat serta hasil kerjaku bersifat kolaboratif... bukannya individualistik seperti si tukang masak. Pernah ku congak... masak nasi goreng aje 5 minit dah siap... dengan seni lenggok mereka memasak  dan kawalan api di dapur sunggih menggamit suasana... kalau sejam dah 12 pinggan nasik goreng boleh disediakan... fuih... boleh kayo pokcik... tapi tu laaa... jika mereka minat dalam bidang ini... aku pasti penat tidak akan terasa dan kepuasan pelanggan lah matlamat mereka...

Bagiku kerjaya si tukang masak mempunyai masa depan yang cerah... sekiranya mereka betul2 serius dengan kerjaya ini... setakat ini...aku lebih suka si tukang masak lelaki...lebih cepat dan sedap berbanding si tukang masak wanita... tak tau laa hangpa pulak camne ?

-TAMAT-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan