Jumaat, 13 Julai 2012

Makan SEDAP ~ DONUT Terbaek !!!

Alien-Big Apple Donut
Kali ini aku cuba bawak hangpa semua mencari sesuatu yang berlobang di tengah yang lazat dan mantap.. hahaha jangan hangpa pikiaq ke lain heh... apa yang saya maksudkan adalah DONUT... Donut merupakan satu makanan berbentuk bulat yang hasilnya dari doh mahupun satu adunan cair. Kebanyakkan donut boleh didapati dalam pelbagai jenis, antara yang biasa dilihat ialah donut seperti gelang atau cincin, dan donut yang berinti yang dimasukkan kastard, krim dan jem, serta lain-lain manisan (dalam bentuk cecair dan krim). Waktu pemakanan dan penyedian kuih ini sering dilakukan pada waktu pagi hingga ke petang. Pemakanan kuih ini lebih bercirikan snek dan manisan. Diantara penggunaan bahan asas utama donut adalah ibu roti atau yis. Setiap penggunaan ibu roti sebagai bahan penaik roti, ia dikenali sebagai roti penaik. Manakala roti yang tidak digunakan ibu roti, dikenali roti tanpa penaik. Orang kata donut ni berasal dari portugal dan dibawa ke Hawaii.. Ntah laaa... Apa yang pasti donut yang aku kenal sejak kecil lagi  biasanya berlobang di tengah dan disediakan dgn taburan gula pasir aje... namun dewasa ini... ia telah dikomersialkan dengan pelbagai kreativiti... antaranya Dunkin Donut, Big Apple, J.CO dan sebagainya dan donut ini dijual berserta dengan ayaq kopi dan sesuai untuk makanan snek di kala melepak bersama kawan kawan...


Seperti biasa, sayembaraku kali ini adalah mencari donut yang paling enak dan lazat... dulu selain donut yang jenis ortodoks nih...aku hanya kenai Dunkin Donut aje disebabkan promosi dan juga iklan yang sering aku dapat lihat... feveret aku adalah bavarian Vanilla dan juga donut yang intinya strawberri...Namun akhirnya member aku si Afiz (pakcik dia asif, tokan kedai beryani pakistan) telah memperkenalkan aku dengan Big Apple dan J.CO...ditambah pulak geng geng loop mengapi apikan dan menwar warkan tentang kelazatan donut big apple terutamanya jenis ALIEN...apalagi sewaktu farewell nadeen...pertama kali dlm hidup aku pii beli sekotak 12 bijik Big Apple untuk kami semua terai rasa....perghh... memang kena dengan tekak aku terutamanya Alien.. memang berbaloi laa woi... walaupun saiznya lebih kecil berbanding dengan Dunkin Donut (ntah rasanya sama je kut saiz nya)... Aku pernah terai J.CO sekali baru baru nih kat pavillion... ok jugak rasanya... unik dan pelik..namun ianya sesuai dinikmati bersama kopi shake atau coffee blend dia serta untuk makan donut nih kene ada gaya "ropi" sket... muka kerek sambil menghirup kopi dan berbicara tentang saham juta juta dengan kawan kawan (sembang deras gak nih)... hahaha tak kene dengan jiwa "kawan" ...

Apa yang ku cari adalah sebijik donut yang teksturnya doh tetap lembut walaupun disimpan lama dalam peti ais dan masih mampu mengekalkan kelembutan serta keenakan manisan, coklat serta assessori dan sudah pasti lazat dan tidak memualkan dan membuat aku teruja untuk menikmatinya selepas itu... bagi ku sudah cukup membuat kan aku tergamak menobatkan DONUT terbaek setakat ini adalah
BIG APPLE DONUT, secara khususnya jenama ALIEN dan Wake up Wally... dah 3 hari berturut turut aku ngan mem dinner dengan donut je nih...sedap punya pasai...hahahaha.....

Jom layan gambaq pulak... hehehehe




Tiada ulasan:

Catat Ulasan