Khamis, 12 Julai 2012

Makan SEDAP ~ Pizza terbaek setakat ini !



Lama sudah tidak ku jengah ke sesawangku yang semakin bersawang nampaknya... Apa boleh buat... waktu dan masa sungguh mencemburuiku.. Namun dikala dinihari nih aku choba amik kesempatan melampiaskan hasrat, membulatkan tekad untuk mencoret apa apa jua yang lama kupendamkan....

Kali ini aku ingin berkongsi pengalaman tentang Pizza... aku pasti bagi penggemar makanan pantas (Fast Food dengan izin), pizza merupakan salah satu pilihan yang mesti ada dalam senarai menu dan semakin lama ku perhatikan permintaan pizza semakin popular pada masa kini terutamanya dikawasan yang terdapat ramai populasi pelajar. Jika dulu  sangat popular di Amerika Syarikat dan Itali tetapi makanan ini sudah mula terkenal di negara Malaysia. Malah, banyak restoran pizza yang tumbuh di negara Malaysia seperti Pizza Hut, Shakey`s Pizza, Domino Pizza dan lain lain...

Jika diimbas kembali sejarah silam, Pizza ni sebenarnya berasal dari masyarakat di sekitar laut tengah yang telah menghasilkan roti yang bentuknya seperti bentuk roti pizza. Kemudian, orang Yunani zaman dahulu memakan roti yang dipanggil plankuntos bersama lauk yang diletak pada atasnya. Roti tersebut diadun daripada tepung yang diuli dengan air. Kemudiannya dileperkan dan dibakar di atas batu yang dipanaskan di bawah cahaya matahari. Seterusnya, apabila manusia telah pandai menghasilkan api di dalam tungku. Perkataan pizza juga dianggap sebagai turutan dari perkataan Yunani iaitu picea.Jadi tak hairan laa nama pizza banyak mcm bunyi italiano sket seperti Sarpino, Margarita, Napolitana, Sorento, Aloha pun ada.... hahahaha
Dari segi promosi, rasanya hanya Pizza Hut yang beria ria mempromosi di media iklan manakala yang lain hanya mempromosikan melalui media cetak semata mata...Selain Pizza, kedai makanan segera juga ada menawarkan menu menu lain seperti lasagna, bread stick, spagetthi pun ada... Tapi maafkan laa saya... saya mai hanya mau makan pizza... kerna itu adalah produk teras (core product dengan izin) yang hampa juai, sepatutnya mereka lebih sensitif dengan kehendak pelanggan.

Berbalik kepada isu asal, sebetulnya aku mempunyai misi dan sayembaraku adalah mencari pizza lazat... sudah lama ku mencari dan sebenarnya aku juga sudah lama menemui jawapannya... rasanya semua dah kuchoba... hatta pizza di pasar malam serta mini pizza kat kedai roti pun tidak terkecuali... berdasarkan kepada pakej lengkap, keenakan dan rasa topping, kelembutan dan tekstur roti pizza dan juga kepejalan dan rasa keju ... dengan ini sukacita saya menobatkan bahawa Pizza terbaek di atas mukabumi yang fana ini adalah DOMINO PIZZA pilihan BBQ chicken dengan cheese Burst Double Decker dan juga Extra topping (lebih BBQ sauce).. Sebulan sekali mesti pekena ini Pizza....terbaek !!!!

2 ulasan:

sehasta mungkin berkata...

Papa jon.... .?

HMS Admin berkata...

nantikan ulasan... masih gagal menandingi kehebatan Domino pizza... Pizza Hut sucks especially customer services...

Catat Ulasan