Ahad, 5 Ogos 2012

Hidup Tak Berapa Nak SEDAP ~ Tonsillitis

Assalamualaikum dan semoga anda ceria di bulan puasa yang penuh barakah ni... Dah 3 hari aku alami bengkak tonsil... aduyyaii... kata dah hidup hampir 35 tahun... apa cerita...ini lah kali pertama sebenarnya aku kena bengkak tonsil... Ya Allahu rabbi... azabnya memang dahsyat... ia datang sekali dengan pakej demam bersuhu tinggi... lenguh satu badan serta tak leh telan apa benda pun... dan inilah kali pertama aku punctual (dengan izin) dan berdisiplin dalam menghabiskan makan ubat... especially ubat antibiotik dengan harapan usaha ku ini cepat2 laa aku sembuh seperti sedia kala... dengan izin ALLAH.... tak tertahan menanggung azab masa bulan puasa nih... nak sholat pun  ala kadar... Moga Allah beriku kekuatan dalam menghadapi chobaan ini... LIFE is a TEST !!!

Sedikit info tentang Tonsillitis


Apa dia tonsil? 

Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga. 

Antara gejala radang tonsil ialah :- 

1. Sakit tekak yang kadang2 teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan 
3. Demam yang kadang2 sangat tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara 
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher. 
7. Mulut berbau busuk 
8. Berdengkur waktu tidur


Inilah segugus ubat yang doktor bekalkan kepadaku ketika aku bertemu doktor selepas pulang dari kerja hari jumaat lepas. Hujung minggu ku ranap begitu aje kerana demam... namun sempat jugaklah aku curi masa sakit ku nih untuk settle kan urusan baju raya famili ku...


Hari Selasa... ubat antibiotik aku habis dan tiada tanda tanda sembuh. Aku diserang demam dan ngilu di bahagian tonsilku menyebabkan aku gagal ke opis hari ini... setelah bersahurkan ubatan dan painkiller... aku nekad utk MC hari nih dan jumpa doktor lain pulak untuk dapatkan ubat antibiotik yang lebih "power"... Doktor Chenta namanya mengesyorkan ubat antibiotik nih... katanya ini lah ubat yang paling power... tiada lagi yang power selepas ini. Makan 3 hari ajer... 2 bijik sekali makan sehari nasihatnya lagi...Insya Allah baik lah hendaknya... aku mengangguk sambil terfikir...awat awal awal lagi doktor tak bagi aje ubat nih... tak perlu lah merana aku menanggung derita sampai tertonggeng.... Aku ajukan soalan ni kat mem aku dan dengan mudah ia jawab... doktor akan bagi ubat yang kurang power dulu... takut nanti badan pesakit tak dapat tanggung dos yang kuat dan akan berlaku "body resistance" pulak... so baik bagi dos yang rendah dulu tengok camne... owhh...aku melopong tanda setuju... Baru sehari aku makan nih... mcm ada tanda-tanda tonsilku sembuh...Alhamdulillah... kita hanya berusaha..yang menyembuhkan hanya lah ALLAH jua semata mata...

-Tamat-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan