Selasa, 25 Februari 2014

Apabila seseorang buat kerja sambil lewa... sesuatu yang manis pun jadi masam tawar heber

Hidup Mau Sedap... Itu lah yang selalu kita harapkan... namun pada hakikatnya tak semua yang kita mahu akan berlaku... kerana tarak sapa yang sempurna.. namun kita sepatutnya berusaha mencapai kesempurnaan dalam menjalankan apa jua aktiviti kerja dengan ikhlas demi Tuhan... dan apa jua yang berlaku semua atas kehendak Allah jua semata mata... walau pahit pasti ada hikmah disebalik.. tinggal kita manusia yang perlu gali dan mencari apa hikmah disebalik...

Segala galanya bermula begini... aku diarahkan untuk menyerahkan passport antarabangsa aku kepada syarikat atas dasar aku akan diminta buat lawatan tapak di Bintulu... entah bila laa kena pii tapi pihak syarikat akan uruskan segala permit kerja. Aku seperti biasa tarak wat hal.. ya tidak membantah pun tidak.. cuma aku kata passport aku akan mati 6 bulan lagi, jadi perlu kah aku perbaharui passport and adakah pihak syarikat akan tanggung segala kos ?  Depa kata takde isu boleh claim...sila perbaharui secepat mungkin... arahan diterima hari jumaat lepas dan diminta serahkan passport hari isnin. Aku nampak ini peluang... aku hantam RM300 laa untuk perbaharui passport untuk 5 tahun hahaha... syarikat bayar hahahaha....

Maka bermula lah sayembara ke jabatan Imigresen... Awal pagi dah ku terjah ke Imigresen Seremban... tu dia sampai jam 7.45am berduyun manusia beratur nak amik nombor giliran baru ... aku pulak ingat nak amik gambaq kat situ... tak bukak pulak.... addoi laa.. tarak gambaq tak boleh amik nombor giliran... hampeh... aku keluar dengan hampa... Amik gambaq dulu lah... pujuk hatiku... esok hari ahad aku pi lagi... Jadi aku balik dengan tangan kosong... malam tu aku amik gambaq kat kedai photo, buat salinan IC dan bersedia untuk aksi esok hari nya.

Yaa... kali ini aku lagi awai mai... seperti dijangka kan ramai nya umat manusia dok beratur seawal jam 7am rupanya. Takpa... aku mai awai dah ni... gambaq dah ada... salinan IC pun dah ada... tiba tiba sayup sayup pengumuman kedengaran... yang aku sempat dengaq... bersabar... system down... Jika urgent sila ke UTC Pudu Central... orang yang tak dengaq masih beratur tetapi kelihatan ramai yang sudah keluar barisan dan mengeluh... Aku terus masuk jumpa pegawai untuk dapatkan kepastian... Yaa system down... WTF... boleh tunggu katanya... tetapi tak gerenti boleh dapat ke tak hari yang sama... 

Tak boleh jadik nih... esok nak kena serahkan passport... addoi laa... tengok jam baru 8.15am... tanpa berlengah lagi aku bergegas memacu sang kancil ku ke UTC Pudu Sentral... dengan harapan boleh laa sampai UTC sebelum jam 9 pagi... yes... misi tercapai... dengan belas ikhsan pak guard dapat gak aku cari parking yang sememang cam haram jad kat Pudu Central.. hahahaha

Seperti yang dijangkakan lagi ramai manusia yang sedang beratur untuk ambil nombor giliran. Aku diberitahu UTC Pudu Sentral ni beroperasi sehingga 10.30 malam jadi sepatutnya takde masalah laa... dalam setengah jam beratur tetiba ada pegawai makcik tu jerit... nombor habis... nombor habis... aku terkedu... apa jadahnya hang beroperasi sampai tengah malam tapi akhirnya ko had kan orang untuk buat/perbaharui passport... ini gila namanya... aku geleng kapla... apa lah musibah... apa lah dosa ku... addoi laa..

Sekali lagi aku hampa... pulang dengan longlai... nampak gayanya hari isnin je lah... aku sms boss aku cakap aku kena buat passport... UTC ni tak leh pakai jugak... so lagi awai aku pii Imigeren cawangan Seremban pada Isnin... Ramai orang dan sekali lagi aku terkena... system down lagi... aku dah mula mendidih..apa kejadahnya system down lagi... apa maksud system down... takkan takde orang perbetulkan talian... mana perginya piagam pelanggan yang gah dilaung laungkan... Pegawai makcik tu dengan sinisnya cakap...jika urgent pergilah ke UTC Puduraya Sentral... dialog  yang sama gak diulang ulang... aku dah hilang arah... apa nak buek nih... addoi... nak dijadikan cerita aku melepaskan kemarahan aku cerita kat mem... mem aku tanya laa geng geng dia...mereka cadangkan pergi je ke Jabatan Imigresen Cawangan Kajang di Jalan Reko... katanya sana bagus perkhidmatan. Aku yang terawang awangan takde pikir panjang... terus memecut sang kancil ku ke jalan reko...

Tu dia... parking penuh... 3-4 kali pusing takde gak... aku dah start kawal angin aku dengan baca surah Al-Fatihah... mohon pertolongan Allah... Alhamdulillah dapat jugak parking... Jabatan Imigresen terletak di tingkat 3 di stesen bas jalan reko. Jam menunjukkan 10am... Orang ramai tapi barisan nampak pendek... 5 minit je beratur dan tampak pegawai yang bertugas sangat pantas mengambil butiran dan minta aku tunggu untuk jumpa pegawai yang seterusnya... 5 minit tunggu aje nombor aku naik... urusan tak sampai seminit... selesai.. tunggu untuk buat pembayaran... tunggu 15 minit..aku selesaikan pembayaran dan walla... sejam selepas itu aku dapat dah passport aku... Ini lah mutu perkhidmatan pelanggan yang kita mahukan... kerja komited... pantas... jawab soalan pelanggan pun berhemah... Terbaek lah Jabatan Imigeren Cawangan Kajang... hangpa semua terbaek... aku berani kata... perkhidmatan mereka bertaraf antarabangsa... World Clas... tak sampai 2 jam dah selesai... Ini lah KESEDAPAN yang aku carik... permudahkan urusan orang marhaen mcm aku... bukan mcm pegawai di Seremban... dok berleter bagai.... urusan tak selesai gak hahahahah dunia oh dunia !

Dalam tempoh sejam menunggu tu.. aku sempat breakfast dan pergi selesai masalah I-akaun KWSP aku yang kebetulan ada di situ... perkhidmatan pegawai pun mantop dan penuh dedikasi menyelesaikan masalah aku... Orang Kajang Terbaek lah !!!

Moral yang dapat aku simpulkan.. tanya laa orang yang ada pengalaman... ye lah kita bukan hari2 pii Jabatan Imigresen... dan yang pastinya selepas ini tau dah mana dah tempat yang terbaek untuk buat passport mem and anak anak aku... hehehehe....

-TamaT-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan