Ahad, 2 Mac 2014

MAKAN SEDAP ~ Haji Shariff's Cendol, Seremban

Lokasi : Bandar Seremban
Koordinat GPS : 2°43'39.6"N 101°56'23.4"E
Waktu Niaga : 11:00 am - 6:30 pm
Genre : Cendol dan Rojak sahaja
Lazat : Hao Liao ! Terbaek dari ladang.
Cost Damage : Jatuh ke kategori murah dan berbaloi
Suasana : Tipikal mcm restoren mamak...
Mau Repeat ? : Sudah Tentu Ya
Geng Terjah : Ahli keluarga aku je...

Peta :


Ulasan

HidupMauSedap !!! Terjumpa secara tak disengajakan di tengah bandar Seremban. Mudah untuk meletak kereta kerana ada parking kereta yg dijaga oleh warga tua... bayaq je lah parking 2 hengget kat situ niat sedekah... peace of mind... Restoren Hj Shariff ni mudah aje nak kenalpasti. Terletak di bangunan lama di corner lot, berwarna hijau. Kelihatan restoren ini sentiasa penuh dengan pelbagai bangsa 1Malaysia dan juga warga singapura (agaknya lah sebab aku ada 6th sense utk kenal orang singapura nih).

Apa yang baguih ? Menu yang disediakan adalah cendol dan rojak sahaja. Bagi ku rojak biasa ajer... takde mencapai tahap kelazatan abadi tapi aku nak pomot adalah cendol nye perghhh... Cendoi yang dihidangkan memang  terbaek. Pelbagai pilihan yang kita mau ada... ada cendol asli yang dihidang bersama jagung tin dan kacang merah... jika mahu pilihan bersama pulut juga ada... harga ? sangat  berpatutan... biasa aku akan memilih cendol bersama pulut dengan harga cuma RM1.70 sahaja... biasanya 2 mangkuk aku belasah... hahaha... Di saat cuaca panas ni kalau dapat menghirup cendoi sebegini... nikmatnya perghh... Aku biasanya bersama partner in crime aku akan berkunjung ke sini jika berkesempatan walaupun perjalanan mengambil masa 30 minit namun aku boleh katakan ia berbaloi... Untuk ke sini.. aku cadangkan ikut lekas highway jika dari KL, keluar di exit Temiang/Seremban.. menghala ke Seremban. Lebih mudah dari ikut PLUS highway, anda perlu keluar dari exit tol labu dan akan menempuh banyak lampu trafik dan bandar seremban yang sesak.


Apa yang spesel ? Yaa... cendoi ini dihasilkan dengan penuh rasa asli nya... Tiada yang bukan bukan dicampurkan. Hirisan ais yang dikisar halus dan rapi, santan nya asli cukup berperisa, air gulanya pula likat menepati citarasa... dihidangkan di dalam mangkuk dan bersama sudu diperbuat dari stainless steel... dan paling best attitute pekerja nya yang pantas mengambil pesanan dan tauke yang tidak kedekut jika kita mau kan tambahan air gula jika perlu. Apa yang aku katakan... di sini kita boleh menikmati cendol yang enak.. cuma expectation untuk mendapat tempat duduk jika berkunjung ke sini agak terbatas kerana tempat ini sentiasa penuh dengan pelanggan jadi hangpa kena bersabaq lah sedikit untuk dapatkan tempat duduk. Aku pernah cuba bungkus bawak balik tapi aku tak galakkan kerana keenakkan berkurangan... Selamat memburu geng !!! HidupMauSedap !!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan