Ahad, 2 Mac 2014

MAKAN SEDAP ~ Burger Bakar

Hidup Mau Sedap !!! Fenomena burger bakar pernah menjadi kegilaan di Malaysia suatu ketika dulu... Dengan harga nya boleh mencapai setara Burger King... orang ramai pasti memperkatakan tentang Burger Bakar Uncle BOB laa... dan macam macam lagi... pengusaha gerai bergerak burger bakar tumbuh bak bagai cendawan yang tumbuh selepas musim hujan... dan orang ramai terpaksa beratur panjang untuk memesan nya... Aku tertarik... Dahsyat kah rasanya dan berbaloi kah sampai orang ramai beratur panjang membeli burger yang "mahal" ini ? Pencarian diteruskan... Daging burger ini sebenarnya adalah dibuat sendiri dari daging asli yang cincang halus dan diperap dengan rempah ratus. Proses membakarnya boleh tahan lama gak laa... dibakar di atas para api dan apabila siap siap dimasak, ia digandingkan dengan sos black pepper, brown sos atau perasa sos yang lain... Aku mencubanya... Yaa... daging burger yang dibakar sempurna... jus daging masih tetap terpelihara... dengan harganya RM12 ringgit, bagi ku saiz burger yang besaq giler dan lazat ini memang satu kelainan dari burger biasa dijalanan mahu pun di kedai segera... Tahniah kepada usahawan yang cuba mengetengahkan idea ini. Jika tanya aku berbaloi ke tak , jawapan aku benar... berbaloi... namun jika tanya soalan seterusnya samada saya akan beli lagi... saya mungkin menjawab mungkin tidak kerana saya bukan penggemar burger... dan saiznya yang besaq tu.. memang tak habis makan walau dikongsi dengan mem.. hahaha ini kategori Monster woi !!! Hidup Mau Sedap !!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan