Ahad, 2 Mac 2014

Makan SEDAP ~ Al-Fariz Maju, B.B.Bangi

Lokasi : Bandar Baru Bangi
Koordinat GPS :2°55'58.0"N 101°46'07.2"E
Waktu Niaga : 24 Hours
Genre : Nasi Khandar
Lazat : Hao Liao ! Terbaek dari ladang.
Cost Damage : Jatuh ke kategori murah dan berbaloi
Suasana : Tipikal mcm restoren mamak...
Mau Repeat ? : Sudah Tentu Ya
Geng Terjah : Ahli keluarga aku je...

Peta :



Ulasan


HIDUP MAU SEDAP !!! Kawasan Bandar Baru Bangi bukan asing bagi aku... Namun aku tahu bukan mudah nak mencari kawasan mampley mamak yang best di situ. Kalau ada pun memang tak menepati citarasaku... Namun kedai mamak ni diusulkan oleh adik ipaq aku yang kebetulan belajaq di UKM. Jadi kami pun terjah lah kedai mamak ni yang bernama Al-Fariz Maju. Kami tiba waktu jam 10am...Tiada apa yang menarik perhatian cuma kulihat ramai pelanggan yang barangkali pelajar UKM kut... ini petanda baik nih... Kami melakah masuk pun keadaan seperti biasa. Restoren ini dibahagikan kepada dua bahagian...satu tempat diluar dan satu lagi berhawa dingin... kami pilih di kawasan sejuk. hehehe... Kebiasaannya aku akan mencuba nasi khandar bagi membuat perbandingan manakala anak ku pula mencuba roti canai kegemarannya. Pelayan kedai mamak sangat pantas mengambil pesanan namun oleh kerana bilangan pelanggan yang ramai air dan roti canai yang dipesan agak lewat sampai. Tarak hal... kami paham tentang keadaan itu. Aku seperti biasa akan mencuba ayam goreng dan kari ikan. Verdict ? Walawei... manyak hao liao woo... Sedap... memang sedap... Ayam gorengnya masuk awal dan keluaq pun awal (FIFO).. rasanya berempah yang secukup rasa, sentiasa hangat dan rangup digoreng rapi. Kuah kari ikannya huh... tak tau nak kata... okeh sangat dan menyelerakan...

Yang paling aku terkejut harganya sangat berpatutan. Ayam goreng hanya RM3 seketul. Paling murah pun aku jumpa ayam goreng laa ni pun dah RM3.80 Apa apa pun aku rekomen tempat ini untuk diterjah dan aku akan cuba terjah lagi untuk cuba lauk pauk yang lain seperti sotong dan daging...

Lokasinya mudah... Cari NIOSH Bandar Baru Bangi, nampak PETRONAS pump stesen dan ada jalan kecil menghala ke kiri... masuk jalan itu dan terus ajer...kedai itu dihujung sekali jalan sebelah kanan anda dan terletak di penjuru bangunan. Selamat memburu geng !!! HIDUP MAU SEDAP !!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan