Sabtu, 5 April 2014

Aktiviti Geng Loop ~ Penantian 11 tahun tertebus...

Hari itu penuh dugaan... Hari yang penuh emosi bagi ku dan rakan taulan... Bercakaran di dalam mesyuarat... tuding menuding jari tikam menikam bahana mencari kambing hitam berlangsung tanpa belas kasihan... kadangkala ku rasa... musuh kepada musuh kita rupanya adalah rakan seperjuangan rupanya... 2 jam mesyuarat tersebut adalah terasa tempoh masa yang terlalu lama... hahaha dunia oh dunia.... Sejurus mesyuarat puaka itu tamat... semua ketawa berdekah kunonnya menandakan persepakatan telah tercapai... bagiku ini semua permainan semata mata bak seperti skrip filem lagaknya... dalam lubuk hati sanubariku... terpahat satu pengajaran dan tekad.. aku tau apa yang perlu aku lakukan selepas ini... hahahaha... jangan tanya aku apa akan buat... yang pasti sorang2 akan kena tempiasnya...

Berbalik kepada kisah sejurus itu... aku melepaskan lelah resah di sebuah kedai mamak feveret kami, geng geng loop... Restoran RHB BISTRO namanya, terletak di Bandar Tasik Permaisuri. Juadah mamak sememangnya lazat dgn menu kapla lutut kambing yang dipertaruhkan (lamb shank dengan izin) namun selera bagaikan terkatup buat seketika... Layan aje lah bersama rakan rakan yang juga sangkaan aku pasti ada masalah mereka masing masing yang berbeza... hahahaha... hanya Allah saja yang tau...

Selesai sholat jumaat kami pekena chendoi tepi jalan sebentar... jam sudah menunjukkan 2.30pm... terasa berat dan bosan utk kembali bertugas... tiba tiba cadangan merapu kedengaran... apa kata kalau layan movie syiok gak ni ujar Mr Rothchilds... Captain America- The winter soldier... dengaq kata cerita tu terbaek dan baru saja tayang hari  ini...aku mcm tak percaya aku ON tanpa pikiaq panjang...yang best nya semua nak on gak hahahah.... keputusan muktamad setelah Mr Soros (You know who) kata beliau dah 11 tahun tak tengok wayang... apalagi... kompom woi... Mr Jacob (you know who) terus book online tiket... pukui 4pm kami dah terpacak kat KLCC TGV... cari kopi yahudi dulu kat starbuck and tu dia... kami berada dlm panggung melayan cerita yahudi gak...


Apa boleh aku katakan.... filem ini memaparkan aksi tempur yang padat, jalan cerita turun naik... tiada adrenalin rush atau kejutan walaupun dikejutkan kematian fury pada awalnya... plot cerita biasa laa tipikal amerika hero cuma mcm tak kena je dgn tajuk The winter Soldier (bucky) iaitu kawan Roger aka Capt America mcm tak banyak menyerlah serta pertempuran antara Capt America and Winter Soldier hanya 2-3 kali aje dan tak fight sangat... dan yang pasti nya ada sequel selepas ini... itu yang tak best tu... aku bagi 3.5 bintang je lah memandangkan adegan tempur menarik, pesawat Insight yang terbaek serta teknologi yang dipaparkan agak baru bagi aku laa... hahahaha

Balik dari layan panggung... ada pulak pameran kereta  Toyota di KLCC.. layan sebentar dan rasakan kenderaan yang memaparkan rekabentuk yang diperbaharui...


-TAMMAT-

1 ulasan:

jadiennejacquetta berkata...

The Buffet At Wynn - Mapyro
The Buffet 여수 출장안마 at 속초 출장안마 Wynn is one of the most unique and popular restaurants in Las Vegas. Featuring 태백 출장마사지 an array of 포항 출장마사지 delicious new and 태백 출장안마 existing favorites and

Catat Ulasan