Ahad, 6 April 2014

MAKAN SEDAP ~ Port Lepak yang terkini

Lokasi : Jalan Kemuning
Koordinat GPS : 3.1451147,101.7183685
Waktu Niaga : Pagi sampai petang
Genre : Nasi Campoq, kuih muih
Lazat : Boleh laa.
Cost Damage : Berpatutan (Murah)
Suasana : Best melepak lepas keje
Mau Repeat ? : Sudah Tentu Ya
Geng Terjah : Geng geng loop

Peta :



Ulasan
HIDUP MAU SEDAP !!! Yaa... port ini baru sahaja dijumpai oleh manusia yang bernama Sue... tak tau lah bila beliau temui namun pada satu hari yang indah... beliau mencadangkan agar kami try tempat ini yang terletak tak berapa jauh dengan opis. Lokasi berhampiran dengan tempat pembinaan MRT ini aku dah perasan lama... sentiasa penuh waktu tengahari namun waktu petang agak lengang. maka kami cuba lah lepak di sini selepas waktu kerja bagi melepaskan tekanan kerja...


Percubaan pertama.. emm ok... aku mencuba roti telor bawang manakala sue pulak dengan sepinggan pisang goreng... minuman stended lah... SEDAP ? boleh laa... tiada yang WOW sangat...Suasana ? Emm.. ok syiok melepak... boleh hu ha hu ha... dekat pun dekat kalau nak dibandingkan dengan mamak Nashim... Satu perkara yang aku tak leh tahan... sewaktu nak mencari tempat ini... masa ditetapkan 5.30pm sue akan pii dulu, bagi gambaran bagaimana keadaan kedai nih... yaa.. gambaq serta deskripsi diberi menerusi Whatsapp... cari jalan ke NERAKA... hahahaha siye betui takleh blah laa...

Percubaan kedua pulak... aku sampai awal... suasana hujan2 renyai... tunggu sue... aku mencuba jemput jemput udang...perghh layan beb... cicah dengan sambal ikan bilis di waktu hujan sangat syahdu dan mengasyikkan... segelas kopi tarik cukup menyempurnakan hari ku...aku diam tak diam hantam 7 ketui jemput udang... seketui 50 posen aje apadehal...

Papehal pun, lokasi ini berbaloi diterjah lagi... hanya saat dan waktu yang menentukan... Adios... Layan gambaq pulak...

~TAMMAT~



Tiada ulasan:

Catat Ulasan