Gile kentang aku baca buku nih terus menerus tanpa henti dan mengulanginya sebanyak 3 kali sebab KESEDAPAN tanpa batasan. Cerita yang diolah secara humor dan ringkas tetapi padat intipatinya. Gaya penyampaian yang sempoi dan selamba serta pendekatan metafora haiwan dan manusia kenit bagi saya menjadi. Ia mengisahkan 4 Watak iaitu 2 ekor tikus bernama "Sniff" and "Scurry" dan 2 orang kenit bernama "Hem" and "Haw" hidup di dalam Maze yang penuh jalan bersimpang siur.
Ringkasnya watak tikus Sniff cepat mengesan perubahan berbanding watak yang lain. Watak Scurry pulak dia ni nampak apa yang perlu dilakukan dan mengambil tindakan dengan pantas. Watak manusia kenit bernama Hem pulak menonjolkan sifat manusia yang berharap agar perubahan tidak diperlukan dalam kehidupan kerana takut perubahan menyebabkan keadaan yang lebih buruk. Namun penulis cuba menonjolkan Haw sebagai hero walaupun sebenarnya beliau sama sifat dengan Hem tetapi akhirnya beliau terpaksa ketawakan diri sendiri kerana enggan berubah walaupun situasi sudah berbeza. Haw akhirnya bertindak bijak setelah kehabisan keju, beliau keluar mengembara walaupun pada awalnya takut namun setelah berjaya mengatasi ketakutan, dia mula sedar akan perlunya berubah dalam kehidupan dan mula bergembira dengan keju yang baru dijumpainya maka persepsi beliau bahawa kita perlu berubah untuk sesuatu yang lebih SEDAP dan KELAZATAN dalam kehidupan ini.
Secara ringkasnya... intipati tersurat dan tersirat dalam buku ini sekurang kurangnya ada 7 perkara yang beolh diambil pengajaran:-
- Hidup ini berubah ubah. Dalam buku ini kita dapati stesen keju sentiasa kehabisan dan berubah ubah tempat.
- Bersedia untuk menghadapi perubahan. Buku ini cuba menggambarkan sebelum stesen keju kehabisan stok, kita sepatutnya sedar dan sudah bersedia untuk menerima kenyataan serta bersedia untuk mencari stesen keju yang lain.
- Pantau perubahan. Buku ini menggariskan untuk memantau keqadaan keju samada ia berubah atau atau tidak adalah dengan keap menghidu keju tersebut jadi kita akan tahu perubahan seperti keju dah semakin lama dan kurang enak serta tahu kuantiti keju yang semakin menyusut atau tidak.
- Menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku. Buku ini menggambarkan orang yang sukar menyesuaikan diri dengan perubahan yang belaku disekeliling berpunca keenganan melepaskan keju yang lama. Lagi cepat kita lepaskan keju yang lama, lagi cepat kita akan menikmati keenakan keju yang baru.
- Berubah. Ada yang telah melakukan perkara yang di atas tetapi masih tidak mahu berubah.
- Setelah berubah, jangan monyok & toya. Bergumbiralah dengan perubahan yang telah kita lakukan. Pasti ada adventure di sepanjang perubahan itu... Jadi bergembira lah dengan kejuu anda yang baru.
- Jangan lupa perkara yang pertama... hidup ini sentiasa yang berubah ubah. jadi lakukan perkara yang pertama tadi dan yang seterusnya dan jangan lupa bergumbira setelah anda berubah... Ingat keju itu sentiasa berubah ubah...
Maaf, jika tak faham apa yang saya perkatakan ini, boleh cari buku ni dan baca.
Untuk menggapai SEDAP dan kelazatan dalam hidup, kita kene sentiasa peka, sentiasa bersiap siaga, cepat menyesuaikan diri dan jangan lupa untuk bergumbira di sepanjang sayembara anda... Ingat dalam dunia ini, binatang terkuat seperti Dinosour pun akhirnya kecundang dan pupus kerana gagal menyesuaikan diri dengan perubahan iklim duniai ketika itu... tetapi lihatlah lipas yang dilihat "fragile" dan lemah tetapi sejarah membuktikan... ianya telah lama wujud sejak berjuta tahun lamanya dan sampai laa ni masih dapat menyesuaikan perubahan yang telah berlaku di dunia ini....
Selamat SEDAP membaca !!!
1 ulasan:
mana mau dpt ini buku? download ka
Catat Ulasan