Apalagi yang boleh kukatakan setelah wisel penamat berkumandang setelah game 90 minit berakhir seterusnya menyukarkan peluang Skuad Harimau Muda untuk beraksi di Sukan Olimpik 2012. Bak kata pujangga nasi sudah menjadi bubuq dan hidup perlu diteruskan juga. Namun bagiku tulah hakikat paling memeritkan yang terpaksa kita semua terima setelah harimau muda tewas akhirnya tersungkur di gelanggang sendiri. Kelebihan beraksi di gelanggang sendiri, kelebihan 2 jaringan di awal permainan serta pasukan lawan beraksi hanya 10 pemain ternyata menjadi medan ujian dan chobaan buat pemain Skuad Harimau Muda. Jikalau dulu di stadium GBK mereka diherdik dicaci dihina oleh ratusan ribu pun mereka tegar namun akhirnya mereka tewas dengan alunan angin sepoi sepoi bahasa...
Apalagi yang boleh kugambarkan... alpa, lupa daratan, rasa dah terror, perasan hebat dan mcm mcm lagi tatapi terlupa pepatah yang berbunyi "BOLA ITU KAN BULAT"... 10 minit terakhir sudah cukup buat pasukan Bahrain menghukum pasukan Skuad Harimau Muda seterusnya meranapkan terus harapan Malaysia untuk maju ke hadapan. Seribu satu alasan boleh kita cipta demi menutup keaiban dan kekalahan kita... pemain kepenatan laa.... ketiadaan nazmi faiz pasukan Malaysia kelam kelibut laa.... mcm mcm boleh kita cerita namun hakikat tetap hakikat... Kita kecundang...
Tiada guna lagi meratap, tiada guna lagi mengeluh kerana pasti hakikat takkan berubah. Aku akur bukan skuad kita tidak bersungguh namun hakikatnya mereka alpa dan lalai dengan keadaan sekeliling. Bangkitlah wahai Harimau Malaya... jangan diulang kesilapan yang lalu... Jangan mudah mendabik dada.. jangan hilang fokus dan arah tuju... berpaksi kepada matlamat yang satu...Ambillah iktibar di atas apa yang telah berlaku nescaya... hasrat korang Insya Allah termakbul hendaknya..... AYUH BANGKIT... Pandang Ke hadapan dan kasi hantam kaw kaw lepas nih!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan