Isnin, 28 November 2011

Tazkirah SEDAP ~ Hadis Motivasi Untuk Belajar


Dari Muaz bin Jabal r.a, Rasulullah s.a.w bersabda : "pelajarilah ilmu kerana
  • mempelajarinya membawa takut kepada Allah,
  • menuntutnya adalah ibadah,
  • membincangkannya adalah tasbih,
  • mencarinya adalah jihad,
  • mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya adalah sedekah,
  • memberikannya kepada ahlinya adalah pendekatan diri kepada Allah,
  • kerana ilmulah petunjuk yang halal dan haram,
  • menara kepada jalan penghuni syurga
  • teman setia di saat kesunyian,
  • rakan di masa keseorangan,
  • teman berbicara di waktu khulwah,
  • senjata menghadapi musuh,
  • petunjuk kepada yang membawa bahagia dan yang membawa kecelakaan,
  • perhiasan di saat bersama teman-teman,
  • dengan ilmulah Allah mengangkat kedudukan banyak kaum sehingga Allah menjadikan mereka pemimpin yang tegak, jejak langkah mereka diikut, perbuatan mereka dicontohi dan pendapat mereka menjadi pemutus,
  • para malaikat terlalu kepingin bertemankan mereka, sentiasa mengusap mereka dengan sayap-sayapnya,
  • setiap benda lembab, kering, ikan dan binatang laut, binatang buas di darat dan binatang jinak kesemuanya memohon agar mereka diampunkan,
  • kerana ilmu menghidupkan hati dari kejahilan,
  • lampu bagi penglihatan di saat kelam,
  • dengan ilmu hamba dapat mencapai kedudukan orang-orang pilihan dan darjat yang tinggi di dunia dan di akhirat.
(Riwayat Ibnu Abdul Barri)

Tuntutlah ilmu kerana Allah..Rawatlah penyakit MALASmu..ISLAM sedang menanti kita untuk meninggikannya dengan ilmu kita..AYUH...!!! =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan