Selasa, 24 Julai 2012

Kembara SEDAP ~ Sola-Stavenger-Oslo Norway

Kembara SEDAP... terima kasih kepada blogger Afiz Aoki kerana mengujakan saya berkongsi sayembara kembara SEDAP ke negara orang... Izin saya mulakan dengan destinasi di Norway memandangkan projek yang aku bekerja sekarang nih client adalah Statoil.

Jom layan gambar...


  1. Aku dibawa bersiar siar dengan bot ke pulau Lindoy, Stavenger... Setelah bersiar siar atas bot, mereka singgah di pulau tersebut dan berkelah... Diriwayatkan bahawa pulau tersebut dahulunya tempat budak budak nakal di'brainwash"... sekarang tiada lagi...
  2. Berlatar belakangkan North Sea
  3. Tu dia kapten kapal merangkap project manager bersama kuncu kuncu nya. Mereka ni dari syarikat Roxar.
  4. Gambaq belakang tu adalah gereja... aku sebat je laa sbb gereja tersebut nampak kuno dan lama... Masjid memang takde laa kat sini...
  5. Oleh kerana darah viking tetap mengalir dalam tubuh mereka, boleh dikatakan orang2 norwegian nih akan mempunyai bot setiap orang.... Bot yang aku naik ni dimiliki oleh mamat Project Manager nih.
  6. Di kota stavenger... nampak lengang dan rileks...tiada hiruk pikuk kesibukan kota.
  7. Waktu nih Zero degree C... percaya ? baik anda mempercayainya...
  8. Lokasi dekat Oil & Gas Exhibition Centre di tengah tengah kota... belakang tu terdapat jambatan yang menghubungkan antara pulau pulau... dahsyat kan ?
  9. Ni kat train centre... masa tu aku dapat youth discount sbb umur belum 25 tahun lagi... 50% discount... perghh !!!
  10. Viking Swords at Stavanger Swords Monument
  11. Pemandangan matahari terbenam di North Sea... 
  12. Panjang kisahnya... aku boleh tersalah landing kat SOLA Airport.. padahal aku kena turun kat OSLO airport... so aku naik tren selama 8 jam kalau tak silap dari SOLA ke OSLO... nice trip indeed.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan