Ahad, 30 Disember 2012

"Tembakan" Outdoor tanpa dirancang...

Saat shutter ku tercetus !!! Hahaha jgn terpedaya dengan istilah "Outdoor" tu.. kerana aku tembak pun kat porch kereta di rumah ku aje nih... Model ini saya import dari Melaka (Masjid Tanah)... Namanya Haqeem... berpendidikan sedang mengikuti Matrikulasi Sains di Melaka... tetapi bercita cita untuk menjadi "drebar" kapal terbang... Insya Allah beliau akan menghadiri exam assessment peringkat pertama minggu hadapan dengan Airasia. Momen ini saya tak rancang... Haqeem berkunjung ke rumah dengan rambut ala punk membuatkan mak bapaknya kurang selesa... jadi petang tadi agak tergopoh gapah jugak laa utk merakam saat itu sebelum bapak dia hantar balik ke kedai Tambachi (ini kedai gunting rambut yer...bukan kedai chapati) untuk di"normalize"kan rambutnya... hahahaha... Jika ada komen dari segi teknikal... sila kan...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan