Selasa, 8 Januari 2013

2013~ Permulaan tahun untuk Irfan Darjah 2 WIra

Assalamualaikum... HIDUPMAUSEDAP !!! Yaa sedap lah sangat... Malam sebelum itu... irfan kubawa untuk dipotong rambutnya... sebelum ini beliau amat payah untuk dipotong rambutnya gara gara geli geleman jika dipotong guna mesin... tapi kali ini... syukur lah beliau kuberi semakfon sewaktu abg macha kerat rambutnya... proper lah sikit kesan potong rambunya... Awal pagi pulak aku terpaksa mengambil cuti untuk menguruskan persekolahan Irfan yang kini berada dalam darjah 2. Buku sekolah lama dah dibelinya.,.. cuma yuran sekolah tak tau sbb takde surat dari pihak sekolah... tambahan pula irfan yang dah bercuti hampir 2 bukan kut... syukurlah beliau takde masalah nak pii sekolah... cuma aku dan mem terpaksa tune balik aktiviti rutin irfan yang barangkali beliau dah lupa... Sempat juga memperhatikan irfan dalam kelas dan berjumpa dan berbincang dengan guru kelas Irfan. Guru kelas Irfan akan mengajar subjek Matematik, Muzik dan Lukisan. Aku siap pesan lagi kalau Irfan degil, aku benarkan dioa pakai nama aku... keranan kalau aku naik angin... irfan memang takut woo... gaya Abah mesti lah garang tapi biarlah bertempat... heheheh...

Perhimpunan pelajar pada hari pertama persekolahan
Rutin yang kususun adalah seperti... waktu rehat jgn main ke lain... pii kantin dan bawak bekal untuk makan & minum... selepas itu pegi tandas kencing... dan balik ke kelas beratur di kantin... waktu balik tunggu di satu pokok, jgn main kat lereng bukit tepi padang nanti jatuh.,. jgn duduk atas tanah nanti kotor dan pelbagai jenis nasihat dan amaran kuperingatkan... Irfan hanya tunduk akur sambil mudah jawapannya... ok bah... ok... don't worry... hurmmm leh caya ke nih...

Hari pertama sekolah... mengantuk... apa taknya tido lewat...
Ragam hari pertama ke sekolah sesi 2013
Nampak gayanya sylibus untuk linus agak ketat... ini bermakna tugas ku dan mem semakin mencabar... apa taknya 2 bulan bercuti langsung tak dipegangnya buku... haih... duganan dan cabaran.....






Kali ini jugaklah irfan terpaksa balik menggunakan perkhidmatan van. Memang payah nak carik pemandu van sekolah yang betul betul boleh kita percaya... hasil intipan aku sewaktu menunggu irfan di sekolah akhirnya aku memilih Kak Achik sbg pemandu van irfan yang baru... 


Hari pertama lepas balik sekolah
Bersama Kak Achik si pemandu Van Sekolah

Inilah gaya irfan yang pertama kali naik van sekolah... perasaannya ? Teruja , gembira dan menyeronokkan... tiada tanda tanda takut ke apa... kira ok laa tu...
INi lan van sekolah irfan yang sudah sedia untuk berlepas... 

Aku akan buat intipan sekali dua lagi untuk pastikan keselamatan irfan terjamin ketika balik dari sekolah... doakan anak aku nih selamat pulang dari sekolah kerna aku sememangnya takut dengan cabaran zaman sekarang... tak macam zaman kita dulu dulu... haih !!! 

-TAMMAT-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan