Jumaat, 3 Mei 2013

HMS Kembali (I'm back for good)

Assalamualaikum... Salam 1Malaysia... Yaaa HIDUPMAUSEDAP !!!

Hidup ini bagai topeng di pentas opera
Lama sudah aku tidak menjengah ke laman sesawang... bukan sahaja penuh dengan sarang labah labah.. tapi penuh dengan taik chicak... penuh dengan bunyi katak dan cengkerik serta dihiasi dengan bau-bauan yang kurang enak...Hahaha... sepanjang suku tahun aku menyepi diam seribu bahasa  bukan bererti aku sudah mati... atau semangat ku yang luntur ataupun desas desus mengatakan aku sudah melupakan dunia blog..hahaha... meleset telahan itu kawan kawan... Aku cuma tiada masa. itu aje sebabnya.. walaupun semua orang sama ada 24 jam, namun kesibukan hidup membuatkan aku terpaksa melupakan hasrat untuk menjengah ke sesawang ini walau sesaat chuma... Memang tarak masa woi... sepanjang 4 bulan ni mcm mcm  yang berlaku dalam hidup... warna kehidupan kembali beraneka ragam serta pelbagai pengalaman yang telah kutempuhi sepanjang tempoh 4 bulan ini... 

Secara ringkasnya, dalam dunia kerjaya ku...aku telah blah dari projek Valemon secara rasminya dan terjebak dengan projek shell. AKu terpaksa menggalas beban pakej Senior jurutera, terpaksa menghadiri FAT di seberang laut serta masih bekerja di bawah seliaan Mr CFTu yang sempoi tapi ermmm... ntah laa malas nak khabar... Aku senang ajer prinsip...keje ikut arahan cukup bulan cucuk ATM keluaq duit...sudaaa......

Kehidupan peribadiku seperti biasa... semakin menarik dengan alatan alatan baru serta pelbagai hobi lama yang diberi nafas baru yang segar dan nyaman... dan oh ye.. aku ada blog baru yang memaparkan hasil citra tembakan DSLR. Di situ lah aku meluahkan segala apa yang terbuku di benak dan sanubari berkenaan dengan imej atau citra yang kuambil... Kalau hangpa senang boleh klik sini untuk mai melawat. Aku juga akan menyambung kembali legasi berkongsi info dan pengalaman tentang tempat makan yang menarik serta tempat tempat percutian yang SEDAP dan menggiurkan. Aspek keagamaan juga akan diteruskan. Akhir sekali aku juga merancang untuk mewujudkan satu ruangan Numismatik atau dengan kata lain tentang hobi mengumpul wang kertas terutamanya tentang wang kertas Negaraku Malaysia. 

4 bulan tanpa coretan buat aku terasa janggal dan melelahkan. Idea kekeringan serta tekanan dari PLATSPENDER membuat kan aku bukan menjadi diriku sendiri... hahahah aku blah dulu.. nanti aku sambung kembali...Adios Amigos !!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan