Jumaat, 3 Mei 2013

N.U.M.I.S.M.A.T.I.C ~ Siri Pengenalan

HIDUPMAUSEDAP !!! Ya.. seperti yang ku janjikan...satu ruangan baru akan tercetus. Hobi lama yang diberi nafas baru. Mula berkecimpung dalam NUMISMATIC sejak darjah 4. Aku masih ingat lagi di saat itu lah mak aku sudah memberikan wang saku secara lumps sum setiap bulan dan aku sanggup tak  makan dan minum hanya untuk mengumpul wang kertas yang beraneka warna di zaman itu. Wang kegemaran ku adalah 20 hengget berwarna coklat. Hobi ini terhenti setelah aku melanjutkan pelajaran ke sekolah asrama di Taiping di mana wang tersebut terpaksa aku masukkan ke dalam bank BIMB demi untuk belanja urus ketika aku berjauhan dengan keluarga. Sehinggalah aku menamatkan zaman universiti ku, setelah ku mula bekerja dan mak aku hadiahkan wang 1 riyal setelah beliau pulang dari mengerjakan Umrah... ya aku mula menghidupkan kembali hobi yang telah lama terkubur... namun ia dilakukan secara tidak professional dan beretika maksudku tidak teratur dan tersusun... Wang yang ku kumpul kuselit dalam buku, bersepah dan tidak tertib...sehingga lah datangnya member ku si Platspender mencetuskan fenomena dan huru hara dalam bab nih... hahaha beliau membeli money paper album di Pudu Plaza membuatku terdetik untuk memiliki sama dan walla inilah hasilnya...satu bentuk kegilaan dan keseronokan tanpa batasan sudah tercetus... yaaa.... Maniak dan ghairah wa cakap lu... meneliti dan memiliki wang Aziz Taha sudah cukup untuk buat ku teruja hari hari ketika membelek album duit nih... 

Di harap ruangan baru ini, aku dapat melampiaskan kegilaan nih kepada kawan2 agar bidang Nimismatik ni semakin berkembang komuniti nya dan semakin gila ah jadiknya... aku rela !!!! hahahahahahahahaha... Platspender... mark my word !!! Kau lah pencetusnya... Andai kata aku ditangkap dan diheret ke hospital psikiatrik (Insane Asylum)... jgn risau dengan hang aku heret sama... hahahahahahahahahah..... Adios...chow !!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan