Selasa, 19 Jun 2012

Tazkirah SEDAP ~ Memang ALLAH Sengaja....



Memang ALLAH Sengaja....

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang g salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kitasedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan laranganNYA. .

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.

Tazkirah SEDAP ~ Belum dapat HIDAYAH ?


Tazkirah SEDAP ~ 10 Carta D.O.S.A


Tazkirah SEDAP ~ Aurat Wanita


Tazkirah SEDAP ~ Tanda-tanda Kecil Kiamat Telah Lengkap


Tazkirah SEDAP - Khutbah Terakhir Rasulullah..


Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

Sumber dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Layari http://www.islam.gov.my/

Isnin, 18 Jun 2012

Hidup Mau SEDAP !!! Euro 2012

Hidup Mau SEDAP !!! Yaaa.....Seperti tahun tahun yang sudah... aku masih tidak berganjak dan tetap bersama dengan pasukan pilihanku... Germany !!! Hail Fuhrer Hail !!! Bagiku corak permainan mereka bagus dari segi taktikal bagaikan "machine" dalam cerita terminator.. hehehe dan bagiku, kehadiran mereka ditakdirkan untuk memecahkan dominasi pasukan merah mcm Sepangnyiol dan Portugal dalam perlawanan yang berprestige nih... Pasukan Germany nih berada dlm Group  B bersama sama dengan Portugal, Belanda dan  Denmark dan dikenali sebagai "Group of Death" berikutan pasukan dlm group B nih bukan calang calang pasukan... dan ternyata 2 perlawanan  yang sudah, Germany mencatatkan kemenangan bergaya dalam kempen EURO 2012... menewaskan portugal 1-0 dan membenam oranje 2-1... sudah cukup untuk menempatkan diri selaku juara Group B... Tunggu malam nih... harap harap Germany benamkan Denmark dgn penuh gaya dan bermaruah.... agak agak 3-1 sudah cukup sorang satu  klose, podolski, gomez melampiaskan dendam kesumat yang terbuku di lubuk hati nurani yang paling dalam....

Dan aku harap aku masih mampu berjaga malam menyaksikannya.... 2.45am tuu dan kene kerja pulak esok hari nya... I'll try... hehehehe....


Nota Kaki : Jersey Germany masih belum ada lagi.... belum ada rezeki....

Jumaat, 15 Jun 2012

Hidup Mau SEDAP ~ Sikit sikit lama lama jadi bukit

Simpanan tahun ini utk anak anak nak belajar nanti...Alhamdulillah rezeki Allah...

Ahad, 27 Mei 2012

Ubat SEDAP ~ Duromine yang LAZAT tapi...



Assalamualaikum semua... Hari ini saya nak berkongsi pengalaman menchoba ubat ini yang diberi nama Duromine. Bagi saya ubat ini sangat berkesan kerana ia berfungsi menyekat nafsu makan menyebabkan kita tidak terasa lapar langsung. Duromine merupakan bahan aktif yang berbentuk kapsul dan berisi phentermine sebagai alat penekan  nafsu makan (appetite suppressant).  Biasanya Duromine tersedia dalam 3 kekuatan/dosis, 15mg, 30mg & 40 mg.  Sejak diperkenalkan pertama kali, Duromine telah berhasil dimanfaatkan sebagai terapi untuk membantu orang-orang yang berkelebihan berat badan untuk menurunkan beratnya secara santai dan sukses.  Duromine direkomendasikan hanya untuk pesakit yang obes berat badan macam aku laa atau lebih dan akan digunakan dalam kombinasi diet sehat dan olahraga. Duromine dianggap baik hanya untuk pesakit dengan kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi atau diabetes. Duromine merupakan "appetitie suppresant" dan mengurangi nafsu makan dengan mempengaruhi sistem saraf pusat dengan bahan kimia aktif.  Phentermine adalah unsur aktif dalam duromine yang mempengaruhi neurotransmitter di otak yang menyebabkan rangsangan di area yang mengontrol nafsu makan. Rangsangan ini mempengaruhi keinginan makan dan rasa lapar berkurang. 

Namun aku menchoba secara konsisten selama 6 bulan sahaja kerana penggunaan jangka panjang phentermine tidak dianjurkan dan juga karena penggunaan jangka panjang cenderung membuat phentermine tidak efektif. Phentermine dapat menyebabkan kita rasa ketagih (sebab duromine ni pun geng amphetamine jugak aku rasa ) dan karenanya harus dikawal dalam penggunaannya.  Duromine juga bertindak dengan memecah lemak yang tersimpan.

Jika merujuk kepada forum perubatan, kesan sampingan ubat Duromine ni adalah seperti berikut :-

* Merasa gelisah
* Merasa lemah
* Tekanan darah tinggi
* Perubahan dalam drive Seks
* Sembelit
* Sakit kepala
* Kesulitan bernafas
* Kekeringan pada mulut
* Imsomnia

Simptom dari duromine dengan dos yang berlebih termasuk kelebihan tenaga, tremor, laju pernafasan meningkat, kebingungan, panik, kelelahan berlebihan, depresi, hipertensi.

Duromine harus dihindari dalam kondisi apapun jika Anda menderita dari salah satu kondisi medis yang diberikan di bawah ini:

* Tekanan darah sangat tinggi
* Masalah dengan hati
* Penyakit jantung
* Penyempitan pembuluh darah

Simptom di atas tak sama di antara individu dengan individu yang lain... Aku mengalami kekurangan air, kulit menjadi kering dan menggelupas serta tak boleh tidor malam... Oleh yang demikian, aku berhenti mengambil ubat ini secara serta merta.

Saya tidak sarankan anda menchoba ubat ini... serius... walaupun anda boleh menurunkan berat badan secara drastik, namun kesan sampingannya tidak berbaloi....

Semoga beri manfaat...

Ubat SEDAP ~ Orlistat si pil biru


Wujudkah ubat yang SEDAP ? hahaha aku sendiri tak mengerti sehingga ke saat ini. Bagiku ubat adalah sesuatu yang pastinya pahit, payau dan menjelikkan... Namun setelah menjejakkan kaki ke umur era 3 series ni... mau tak mau kene jugaklah beringat... jadi aku nak kongsikan sesuatu yang aku kene makan berikutan paras triglycerides dan kolestrol aku sudah melepasi had kelayakan sebenarnya... Ubatnya berwarna biru... harga dlm 3 ringgit sebijik yang diberi nama Orlistat keluaran xenical dan banyak jugak jenama generic yang harganya aku rasa boleh dapat sekitar 2 ringgit sebijik.

Xenical (orlistat) ni berfungsi menyekat sesetengah lemak yang kita makan, mencegah agar lemak  dari hasil pemakanan  diserap oleh badan anda. Xenical digunakan bersama-sama dengan diet yang dikurangkan kalori dan penyelenggaraan berat untuk merawat obesiti di kalangan orang yang mempunyai faktor risiko tertentu (seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan kolesterol yang tinggi atau triglycerides). 

Namun kalau anda menchoba ubat ini...hati hati ketika kentut atau "melabor" kerana lemak yang tidak diserap ke dalam tubuh kita akan dinyahkan melalui proses penyahtinjaan berbentuk minyak oren... jika tidak pasti anda akan terkincit dengan lelehan minyak di punggung anda... hahahaha jaga jaga yaa.... anda juga tak perlu meneran ketika "melabor"...hanya perlu berdehem sudah cukup untuk proses penyahtinjaan berlaku... sangat efisien... heheheheh...

Ubat ini sebenarnya perlu mendapat kebenaran dari doktor kerana ia mungkin memberi kesan sampingan terutamanya pesakit yang mempunyai penyakit kardiovaskular, masalah dengan hati atau pun tidak boleh diambil oleh wanita yang sedang mengandung kerana selain dia menghalang lemak diserap ke dalam tubuh, ia juga menghalang  beberapa vitamin yang diperlukan oleh badan diserap. Jadi pastikan anda mendapatkan nasihat dari doktor anda sebelum menchoba...

Aku pernah mengambil ubat ini secara konsisten selama 3 bulan... hasilnya memang bagus... paras kolesterol turun, berat badan menyusut tetapi ada kesan sampingannya seperti aku cepat letih dan aku memerlukan air dalam kuantiti yang banyak... Jadi aku berhenti ambil ubat ini dan hanya makan ketika aku melantak makanan berkolesterol tinggi seperti layan sup kambing ka atau apa jua makanan berminyak... Jadi, dalam kantung ubatku, pasti ada bekalan jika saat memerlukan...