Ahad, 2 Mac 2014

Makan SEDAP ~ Ayam Golek Dara

Lokasi : Jalan Labu - Nilai
Koordinat GPS : 2°47'59.4"N 101°47'28.8"E
Waktu Niaga : 6pm hingga larut malam
Genre : Nasi Lemak dan Ayam Golek
Lazat : Hao Liao ! Terbaek dari ladang.
Cost Damage : Berpatutan
Suasana : Kedai melayu tepi jalan
Mau Repeat ? : Sudah Tentu Ya
Geng Terjah : Ahli keluarga aku je...

Peta :



Ulasan


HIDUP MAU SEDAP !!! Malam ini aku tak tau nak makan apa... perut sudah berkeroncong... Kami sejak petang tadi merambu ke Mydin Mall di Seremban 2 belum sempat menjamah makanan... Hajat di hati nak merambu lagi ke Al-Fariz Maju di B.B. Bangi tapi memandangkan jalan lebuhraya PLUS yang jem giler menghala ke Kuala Lumpur membuat kan kami terbantut untuk ke sana... Aku memilih ikut jalan pedalaman untuk ke nilai walau pun waktu itu dah semakin gelap. Kelihatan banyak juga kenderaan sudah mula beralih menuju ke jalan pedalaman. menyebabkan perjalanan kami takde lah selancar sangat. Sewaktu nak tiba di pekan nilai, tiba tiba walawey... kelihatan sebuah gerai di tepi jalan dipenuhi kenderaan...bukak jugak kedai nih rupanya... hahaha aku gelak seraya mencadangkan kepada mem mungkin inilah rezeki kita malam ini.


Kedai yang kumaksudkan adalah kedai Ayam Golek Dara (dengan izin aku terjemahkan "Shop of virgin rolling chicks")... hahahha... kedai ini sebenarnya dah lama wujud cuma aku jarang berkunjung ke kedai ini sebab dahulunya dia bukak kedai secara separuh masa ajer... jadi kadang kala kedai bukak...kadangkala tutup. Kedai ini aku lihat sudah semakin maju berdasarkan jumlah pelanggan yang datang serta kapasitinya untuk menampung ramai pelanggan... Menu dia hanya lah nasi lemak dipadankan dengan ayam golek dara yang dipertaruhkan... Sememangnya sedap dan lazat hingga menjilat jari wa cakap lu... harga juga amatlah berpatutan. Kedai ini juga mengambil tempahan untuk majlis perkahwinan...Bayangkan berapa banyak depa dapat pesanan dalam bulan Mac... 900 ekor ayam golek bro... jualan melebihi RM15k sebulan... perghhh memang masyuuukkkk beb....Bagi ku kekuatan sambal nasik lemaknya serta keenakkan ayam goleknya membuatkan perniagaan brader melayu ni laris... layanan ? Terbaek... pantas ambil pesanan dan berbudi bahasa... Cuma jika nak bungkus tapau balik pulang... kena tunggu lah sedikit masa kerana ayam goleknya sering habis dan perlu menunggu untujk ayam golek siap dimasak... Sementara itu hangpa boleh laa pesan Kopi O ais.. mcm aku hahahah... Selamat memburu dan menjamu selera geng... HIDUP MAU SEDAP !!!

1 ulasan:

NSDragClub berkata...

tlg msg no phone kedai ni

Catat Ulasan