Sabtu, 15 Oktober 2011

Movie SEDAP Berjudul "The Shawshank Redemption"


Hari nih aku nak berkongsi satu cerita SEDAP (bagi aku laa) bertajuk "The Shawshank Redemption". Ceritera ni mengisahkan ssorang mamat ni bernama Andy Dufresne (dilakonkan oleh Tim Robbins) adalah seorang banker muda yang berjaya. Namun hidupnya berubah apabila beliau dituduh membunuh isterinya yang sedang bermukah dgn seorang pemain golf professional. Pakwe bini dia ni pun mati kene bunuh. Nak pendekkan cerita beliau didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan dihantar ke Penjara Shawshank.Set penggambaran dalam era 1940-an ini berkisarkan kehidupan suka duka beliau di penjara tersebut dan bagaimana beliau membantu kawannya si Mr Red (dilakonkan oleh Morgan Freeman). 2 pelakon ni aje cukup dah untuk menghidupkan cerita, plot citer memang tak terjangka dan yang penting pengisian sarat dengan nilai kemanusiaan contohnya beliau cuba mengubah persepsi HARAPAN dalam kehidupan member dia si RED. Aku bagi hint sket laa... mamat ni berjaya melarikan diri dari penjara nih... Macam mana dan bagaimana ? Mesti Tonton !!!

Jika korang berhajat nak download, klik link di bawah :-

http://www.mediafire.com/?4sl49q5d5wq729x
http://www.mediafire.com/?gb2y181m2an05t9
http://www.mediafire.com/?3vjc14x9jzln7as
http://www.mediafire.com/?xpfd6bk3m1ioeg4

Password: 
300mbfilms.com

Anda memerlukan HJSPLIT software utk gabungkan ke-empat empat file di atas. Sila komen jika anda menghadapi masalah.

Jumaat, 14 Oktober 2011

Apakah Benda Paling Sedap Dalam Dunia ?

Jawapan murni dan tulus ikhlas terbit jauh dari lubuk hati nurani aku yang paling dalam... benda paling sedap dalam dunia ni sebenarnya adalah benda FREE atau PERCUMA... tak kira lah free makan ke, free dapat buku ker... free barang pancing ke... melancong orang sponsorke.. free segala gala nya adalah sesuatu fenomena yang akan menyebabkan rembesan hormon SUKARIA mengakibatkan kita akan teruja, gumbira seraya melompat lompat kegirangan.

Atas dasar di atas, aku ingin berkongsi cerita wayang (Movie) yang aku rasa SEDAP laa agar sama sama kita bersedap sedapan. Aku share link ke feveret directdownloader kegemaran aku iaitu MEDIAFIRE dan hangpa boleh download. Mungkin juga aku akan link kan hangpa ke directdowloader yang lain seperti HOTFILE, FILESERVER atau FILESONIC sekiranya aku rasa perlu. Kenapa aku suka MEDIAFIRE ? Sebab hangpa boleh download katakan ada 10 multifile... hangpa boleh download kesemua file file tersebut sekaligus. Tak seperti directdownloader yang lain, hangpa kene download satu satu bro... melangut je lah kat depan pc tunggu lepas habis download satu baru boleh klik yang lain...itu pun kene tunggu lagi sket masa baru boleh klik (ada delay).

Meh aku citer lagi. Selepas hangpa download multifile tersebut. kebiasaanya hangpa kene gabungkan fail fail tersebut dengan menggunakan HJSPLIT software kerana saiz file movie ni biasanya besaq.. kira kira 600MB ke atas jadi depa akan pecah pecahkan kepada beberapa files. So korang kene download dulu software nih... Extension file file tu hangpa akan tengok dlm bentuk .001, .002,.003 kalau ada jumlah 3 files... Utk gabungkan pecahan file nih, Klik kat bawah ni utk download dan ikut langkah demi langkah yang aku bagi nih...hangpa setup laa sendiri ye. Kalau ada masalah, bagitau aku. 

Download click here

You do not have to install HJSplit. Just extract ‘hjsplit.zip’ which you would download and double click on HJSplit.exe to start HJSplit. After thar, the main window of HJSplit will appear.

1)To join the files, click on ‘Join’:
|

2) 
In the new window that appears, click on input file:


3) 
In the new window, select only the first file of the files that we would like to join (it automatically shows only .001 file), so fired.avi.001 in this case, and click on ‘Open’ after that.


4)
Click on ‘Start’:

5) 
Now HJSplit will join the file, in few seconds. When it is finished you will see this message:



:)
The files have been successfully joined! The joined output file is stored in the default location, which would be same as the location of your input .001 file. Enjoy 

Kalau boleh tu... sambil sambil download ... rajin rajin laa klik kat nuffnang aku tu yer... kalau nak bagi derma kat aku pun aku terima hehehe... ia membantu saya lebih sedap untuk berkongsi lagi bersama hangpa semua... kire macam korang beri kata kata perangsang atau hadiahkan aku token 
kat aku.. hahahaha... 
Ok tak ayat gini PlatSpender ?


Disclaimer
hidupmausedap.blogspot.com does not host any files on it’s servers. All point to content hosted on third party websites. hidupmausedap.blogspot.com does not accept responsibility for content hosted on third party websites and does not have any involvement in the downloading/uploading of movies .we just post links available in internet.

Khamis, 13 Oktober 2011

Makanan SEDAP yang belum dikenalpasti lokasinya


Inilah pertama kali aku up post yang belum aku pii terjah... namun gambar di atas yang dikongsi oleh brader Apiz di Facebook membuat saya tidak keruan dan tertanya tanya di manakah lokasi sebenar juadah di atas boleh didapati. Yang pasti kelazatan dan keSEDAPan makanan nih akan terjawab setelah kami sendiri mencubanya. Great Picture and really mouth watering dude ! And camera phone hang memang superb... cap apa ekk ? hahahaha !!!

Nantikan post seterusnya kerana sudah pasti aku, platspender dan geng geng terjah yang lain akan menerkam ini tempat... Tunggu !!!!

Rabu, 12 Oktober 2011

Menu SEDAP ~ Petai Jeruk

Malam ini kami sekeluarga makan Nasi Goreng berlaukkan Petai Jeruk. Wadduh... Masya Allah tak dapat aku gambarkan betapa lemak dan lazatnya Petai Jeruk nih... Aku sememangnya hantu petai jeruk sampai kuah dia pun wa sebat. Cara nak buat petai jeruk ni simple ajer... hanya rendamkan petai2 nih dalam ayaq garam secukup rasa, masuk dlm botol and walla... peram secukupnya...tapi kalau nak senang... aku minta wife aku call mami dia suruh wak kelik sesupik dua petai jeruk nih... aku nok gege pun tok ngok doh... so'oh perut aku nih... hahahah... Jika anda belum mencuba... jangan lupa utk try kerana... ianya amat SEDAP & Lazat ! Tak caya... you better believe it !

Sabtu, 8 Oktober 2011

Movie SEDAP berjudul "Hitler: The Rise of Evil"


ULASAN

Setelah menonton movie ini, dapatlah saya kaitkan kisah dan peristiwa kehidupan Hitler dari zaman kanak kanak hinggalah dewasa menyertai askar Jerman dlm WW1, keperitan kekalahan Jerman ketika itu sehinggalah beliau menjadi orang terkenal dan terkuat di Jerman. Pelbagai dugaan, liku dan cabaran dari seorang askar yang miskin sehinggalah menjadi pemerintah NAZI. Beliau juga menghadapi pelbagai tentangan dan chobaan dari luar dan dalam parti beliau sendiri sehinggakan beberapa perchobaan untuk membunuh beliau tetapi akhirnya beliau terselamat. Ini menguatkan lagi keyakinan beliau yang sering meyatakan beliau akan terselamat kerana melakukan kerja tuhan..terselit juga kisah cinter pandang pertama Hitler dengan anak saudara tirinya... beliau menikahi Eva Braun dan... hangpa kene tengok sendiri cerita ini... 
Saya berpendapat pengarah movie ini berjaya membawa penonton kembali ke nostalgia Hitler.... Syabas ! Hail !!!

Jika korang berhajat nak download, klik link di bawah :-

http://www.mediafire.com/?r8sjs1z510wl6wo

http://www.mediafire.com/?fc4dity4hhql9dl
http://www.mediafire.com/?tl1cpduqdyo4ngz

Password: mediafire4u.com

Anda memerlukan HJSPLIT software utk gabungkan ketiga tiga file di atas. Sila komen jika anda menghadapi masalah.


Buku SEDAP berjudul "The Rise and Fall of Adolf Hitler"


ULASAN

SEDAP. Itu yang mampu aku ucapkan setelah 2 kali aku habiskan baca buku nih kerana penyampaiannya agak berbeza dari yang lain serta penulis ini menulis berdasarkan kepada pengalaman beliau bersama Hitler, mendengar ucapan Hitler yang membuak buak serta membuat pemerhatian di setiap gerak langkah Hitler. Setelah kejatuhan Jerman, penulis ini juga berjaya membuat kajian terhadap dokumen dokumen yang telah berjaya dirampas oleh tentera bersekutu setelah berakhirnya pemerintahan diktator Fuhrer.

Jika hangpa tanya aku... sila rumuskan buku ini dengan bahasa yang mudah... aku boleh katakan... buku ni menceritakan detik dan kisah hidup Hitler yang agak klasik... dalam perjuagan beliau, beliau telah tikam bakang member sendiri (Stalin), pembunuhan secara besar besaran ke atas Yahudi dan tawanan perang serta menumpahkan darah dalam perang seterusnya mengheret sama kejatuhan bangsanya sendiri. Secara peribadi, Kalau lah (ini cerita kalau) setelah beliau berjaya tawan Perancis, Hitler tak dabel cross sekutu dia si Stalin tetapi piii seberang laut langgaq Britain... mungkin kesudahannya kita semua ni leh cakap Jerman agaknya sekarang... Hitler tewas di medan perjuangan bukan kerana beliau bodoh atau kelemahan askar jerman tetapi hanya lah  angkara keangkuhan beliausendiri... 

Walau apa pun, fakta tetap fakta dalam lipatan sejarah... kita yang hidup ini seharusnya mengambil iktibar ke atas apa jua yang telah berlaku untuk dijadikan panduan...bak kata pepatah, yang baik jadikan tauladan, yang buruk kita jadikan sempadan !


Nota kecil : Mungkin ada yang beranggapan saya fanantik terhadap Hitler, namun hakikatnya tidak kerana pemimpin yang agung wujud dimuka bumi adalah tidak lain dan tidak bukan adalah Rasulullah kita sendiri.

Selamat membaca.

Babylon, Jalan Jati KL

Lokasi : Agak terperosok gak laa lokasi dia nih... leh jalan kaki dari Jalan Inai
Koordinat GPS : N 3.1461777628757015 E 101.71968966722488
Alamat : 32, Jalan Jati, 55100, Kuala Lumpur 
Waktu Niaga : 12:00–2:00 am
Genre : Mediterranean Style, Nasi Arab, Western
Lazat : Sedap !!! Banyak pilihan !
Cost Damage : Tak lebih RM20 utk sekali hadap.
Suasana : Suasana mewah, hiasan dalaman yang cantik, luar nampak eksklusif, layanan superb, makan pu sedap
Mau Repeat ? : Boleh jugak... banyak yang belum try !!!
Geng Terjah : Sue, Abg Ram, Tobab

Ulasan :
Entrance
Cost damage utk 4 orang makan
Jam sudah menunjukkan tepat 12 tengahari di hari jumaat. Keadaan yang panas terik menyebabkan aku dan tobab malas nak bawak kereta keluar mengembara tamabahan pula hari jumaat, saat bergumbira di tengahari tidak panjang kerana wajib untuk bergegas utk sholat Jumaat. Memandangkan port makan berdekatan tak banyak pilihan... hanya Nasik Arab yang tampak releven dalam kes ini walaupun pada awalnya ditentang hebat oleh Tuan Sue PS kerana beliau pun baru sahaja melampiaskan nafsu dgn nasik arab nih kelmarin bersama Dewa Laut si Pitek. Namun akhirnya beliau akur jua akhirnya dan destinasi terjah kali ini adalah Babylon. Terus terang aku tidak pernah tahu menahu kewujudan rentetan lokasinya yang agak tersorok dan tiada publisiti meluas. Tidak seperti Tajine atau Andalusia, mereka agak aggresif mempromosi ditambah pula lokasi mereka di tepi jalan. Namun setelah berborak baru kutahu tempat ini sebenarnya "hidup" di saat tenggelamnya matahari munculnya bulan. Tak banyak dapat aku coretkan di sini... biarlah gambaq2 di bawah yang becerita kepada hangpa semua... Enjoy !!!


Jumaat, 7 Oktober 2011

Belanjawan 2012 Barisan Nasional... Sedap jugakkah ?

Ringkasan Budget Kerajaan Barisan Nasional 2012 seperti yang di nanti nantikan oleh puluhan juta rakyat Malaysia yang menunggu laporan yang akan menentukan masa depan Ekonomi Malaysia untuk tahun 2012 yang akan dilakukan oleh Kerajaan yang memerintah Malaysia. Ringkas adalah seperti berikut :-

Jumlah Anggaran Perbelanjaan Persekutuan : RM 232,832,900.00



1) Antara tahun 2011-2020, kesemua program transformasi akan dilaksanakan di bawah Dasar Transformasi Nasional.

2) Kemasukan pelaburan asing di Msia adalah tertinggi di Asia. Dalam 6 bulan pertama 2011 ia telah mencapai RM21.2 bilion.
3) KDNK bagi tempoh separuh pertama 2011 ialah 4.4%, didorong perkembangan ekonomi domestic yang kekal mantap.
4) Pendapatan Kerajaan Persekutuan bagi 2012 dianggar meningkat 1.9% kepada RM186.9 bilion.
5) Tema Bajet2012 ialah “Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara”.
6) Pada 2012, Kerajaan akan peruntuk RM978 juta utk merancakkan pembangunan di 5 wilayah koridor.
7) Pengecualian cukai pendapatan bg penerbitan dan urusniaga sukuk bukan ringgit dilanjutkan lagi 3 tahun hingga 2014.
8) Peneroka FELDA akan terima “durian runtuh” yang mana jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian dilakukan.
9) SME Revitalisation Fund berjumlah RM100juta akan menawarkan pinjaman mudah dgn maksimum RM1juta bagi peniaga dari Januari 2012.
10)Pengecualian sepenuhnya duti import & duti eksais bagi mengimport kereta hibrid & elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.
11) Pelan Induk Lima Tahun Pembangunan Pelancongan Langkawi akan dilancarkan dengan peruntukan pembangunan RM420juta.
12) Malaysia Healthcare Travel Council akan diperbadankan utk bangunkan & promosi negara sbg destinasi utama penjagaan kesihatan.
13) Kadar cukai keuntungan hartanah (RPGT) akan dikaji semula agar tidak jejas golongan berpendapatan sederhana-rendah miliki rumah.
14)Kerajaan peruntukkan RM100juta utk inovasi termasuk memperkenalkan Anugerah Cipta 1Malaysia (C1PTA) untuk iktiraf rekacipta pelajar.
15) Sektor pendidikan akan dapat RM50.2bln utk melahirkan tenaga kerja berbakat, kreatif & inovatif.
16) Kerajaan akan mansuhkan yuran pendidikan rendah & menengah di semua sekolah sekolah kerajaan.
17) Utk mantapkan modal insan sektor swasta, insentif akan diberi termasuk potongan dua kali ke atas pemberian biasiswa.
18) Kerajaan akan panjangkan program bekalan air bersih kpd komuniti di Sabah dgn peruntukan RM50juta.
19) RM5 billion adalah utk pembangunan infrastruktur asas luar bandar, termasuk RM1.8bln untuk Jalan Luar Bandar & Jalan Perhubungan Desa.
20) Kerajaan akan peruntuk RM400juta utk naiktaraf infrastruktur bekalan air secara berperingkat di kws2 FELDA yg terpilih.
21) 600,000 pesara kerajaan akan dapat kenaikan pencen pesara sebanyak 2% setahun
22) Mulai 2012, kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred
23) The Government will extend the compulsory retirement age from 58 to 60 years old to optimise civil servants’ contribution.Tempoh Perkhidmatan Dari Usia 58 ke 60 Tahun.
24) Keraajn akan tawar bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam, termasuk 5,000 peluang ijazah sarjana dan 500 kedoktoran falsafah.
25) Kerajaan kenang jasa polis khas dan polis tambahan masa zaman darurat, akan beri RM3,000 kpd stp bekas anggota serta duda dan balu mereka.
26) Dasar Agro Makanan Negara 2011-2020 akan dilaksana dan RM1.1bln akan diperuntukkan utk pembangunan sector pertanian.
27) Bagi Skim Rumah Pertamaku, had maksimum harga rumah akan dinaikkan kpd RM400,000 drpd RM220,000.
28) Kerajaan akan terus melaksanakan Program Perumahan Rakyat (PPP) di seluruh negara dgn membina 75,000 unit rumah mampu milik.
29) RM63 juta untuk memulihkan 1,270 rumah terbengkalai. RM40 juta utk baik pulih dan menyelenggara rumah kos rendah awam dan swasta.
30) Perkhidmatan kesihatan akan diperuntukkan RM15 billion untuk perbelanjaan mengurus dan RM1.8billion untuk pembangunan.
31) Skim Amanah Rakyat (SARA 1Msia) akan memanfaatkan 100,000 isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.
32) Bagi bantu pemilik teksi bajet persendirian hadapi kos operasi tinggi, akan dibantu termasuk pengecualian cukai pembelian teksi.
33) Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan akan memastikan setiap individu yg didakwa di mahkamah akan diberi bantuan guaman percuma.
34) Peruntukan RM10juta akan disediakan untuk melatih wanita professional utk kembali ke pasaran kerja
35) Kerajaan akan sediakan perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV di seluruh negara untuk mengatasi kanser servik
36) RM200juta akan disediakan utk melatih belia yg telah meninggalkan sekolah melalui Program Strategik utk Belia 1Msia (SAY 1Msia)
37) RM15juta akan diperuntukkan utk bina gelanggang futsal agar matlamat “Satu Gelanggang Satu Mukim” dpt dicapai.
38) Warga emas berumur 60 thn ke atas akan dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital & klinik kesihatan.
39) Bantuan sebanyak RM500 akan diberi kpd isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.
40) Book voucher worth RM200 will be given to Malaysian students in all private and public institutions of higher learning
41) Kakitangan kerajaan akan dapat tambahan bonus setengah bulan gaji & bayaran bantuan RM500 kpd pesara krjn.
42) Pencarum KWSP blh daftar awal giliralan ibadat Haji melalui penghadangan Akaun2 sebanyak RM1,300.
43) Ahli-ahli Parlimen Msia akan diberi elaun baru setelah jumlahnya dipersetujui nanti, bermula 1 Januari 2012

MEREDAKAN INFLASI & MENGIMARAHKAN KEHIDUPAN RAKYAT
45).Penerusan pemberian subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM33.2 bilion
46).Penerusan subsidi bil elektrik RM20
47).Perluasan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) meliputi keperluan harian pengguna pada harga sehingga 40% lebih rendah
48.Membuka 30 unit Agrobazaar Kedai Rakyat di seluruh negara
49.Mempromosi Menu Rakyat 1Malaysia
50.Memperbanyakkan program ladang kontrak. Seramai 4,500 usahawan tani dijangka mendapat manfaat.
51.Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT
53.Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) – diperluaskan ke kawasan luar Lembah Klang, 1,880 unit
54.Pembelian rumah secara kaedah bina kemudian jual (built and sell) melalui pembiayan patuh syariah – pembiayaan RM600 ribu ke bawah
55.Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara, 15,000 unit
56.Program Rumah Mesra Rakyat oleh SPNB, 10,000 unit dengan Kerajaan menyediakan subsidi sebanyak RM20 ribu bagi setiap rumah.
57.Tabung Khas Perumahan Nelayan untuk membina rumah yang lebih selesa dan dilengkapi dengan kemudahan asas bagi nelayan

MENGHARGAI JASA WARGA EMAS
58.Percuma – caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klinik kesihatan termasuk klinik 1Malaysia serta pergigian milik Kerajaan.
59.Diskaun 50 peratus tambang LRT dan Monorel.

PERKHIDMATAN KESIHATAN BERKUALITI
60.Membina hospital-hospital, 81 Klinik Kesihatan & 50 Klinik 1Malaysia
61.Menambahbaik blok bersalin Hospital Putrajaya dan menaiktaraf Hospital Kuala Lumpur (HKL)
62.Memperkenalkan Jadual kerja fleksi Pegawai Perubatan Siswazah Elaun Khas Waktu Bekerja Fleksi = RM600 sebulan Menaikkan elaun on-call semalaman, RM30 hingga RM80

SKIM AMANAH RAKYAT 1MALAYSIA
63.Memperkenalkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) yang memanfaatkan 100 ribu isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan. Pelaburan ini menjanjikan pulangan bersih yang menarik.

MEMACU PEMBANGUNAN MASYARAKAT BUMIPUTERA
64.Dana Mudahcara Bumiputera, RM300 juta
65.Membimbing 1,100 syarikat Bumiputera berpotensi
66.Program pembangunan usahawan dan kontraktor Bumiputera di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

MERINGANKAN BEBAN PEMILIK TEKSI BAJET DAN KERETA SEWA PERSENDIRIAN
67.Pengecualian 100% duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan
68.Pengecualian bayaran balik duti eksais dan cukai jalan ke atas teksi yang berusia lebih dari tujuh tahun yang dijual atau ditukar milik.
69.Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet persendirian
70.Pemberian subsidi kadar faedah sebanyak 2% untuk memiliki teksi baru buatan tempatan
71.Pemberian bantuan untuk menggantikan teksi usang (RM3,000 bawah 7-10 tahun / RM1,000 lebih 10 tahun)
72.Keseluruhan manfaat pemilik teksi bajet = RM7,560

YAYASAN BANTUAN GUAMAN KEBANGSAAN
73.Menawarkan bantuan guaman secara percuma kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk membayar fi guaman tinggi
ANJUNG SINGGAH
74.Menyediakan pusat khidmat bantuan sosial yang dikenali sebagai Anjung Singgah untuk perlindungan sementara golongan gelandangan.

MENGHARGAI PERANAN DAN MEMARTABAT WANITA
75.Menyediakan program latihan yang bersesuaian bagi menarik golongan profesional wanita untuk kembali ke pasaran pekerjaan
76.Menyediakan perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV (Human Papilloma Virus – RM50 juta)
77.Amanah Ikhtiar Malaysia akan menyediakan RM2.1 bilion kepada usahawan dalam bentuk pembiayaan pinjaman mikro.
78.Membina Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur 

BELIA PENGGERAK MASA DEPAN
79.Penubuhan syarikat modal teroka milik Kerajaan MyCreative Venture Capital yang bertanggungjawab menggalakkan penglibatan golongan muda menerokai bidang industri kreatif.
80.Program Strategik untuk Belia 1Malaysia atau Strategic Action for Youth (SAY 1Malaysia).
81.150 gelanggang futsal tambahan di seluruh negara untuk mencapai matlamat Satu Gelanggang Satu Mukim.
82.30 padang tiruan atau artificial turf yang dilengkapi lampu limpah

PENDAFTARAN AWAL HAJI
83.Membenarkan pendaftaran awal menunaikan haji melalui kaedah penghadangan Akaun 2 pencarum KWSP.

INSENTIF PERCUKAIAN
95.Mengkaji semula kadar RPGT bagi membendung RPGT spekulasi dalam pasaran hartanah.
96.Perkhidmatan reka bentuk industri diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% selama 5 tahun.
97.Pakej insentif percukaian kepada sekolah swasta seperti pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% atau elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal dalam tempoh 5 tahun.
98.Potongan cukai ke atas sumbangan kewangan kepada institusi pendidikan rendah dan menengah yang berdaftar termasuk sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah mubaligh dan sekolah agama serta tempat-tempat ibadat yang berdaftar.
99.Galakan cukai bagi sektor swasta memantapkan pembangunan modal insan berkemahiran tinggi potongan dua kali ke atas elaun yang dibayar oleh syarikat swasta kepada peserta program internship.
100.Insentif percukaian untuk Skim Persaraan Swasta dan anuiti insurans.

INSENTIF PERCUKAIAN
84.Pengecualian cukai untuk menarik pelabur memilih Malaysia sebagai destinasi utama Perkhidmatan Pengurusan Perbendaharaan yang merangkumi cukai pendapatan sebanyak 70% bagi tempoh 5 tahun
85.Pengecualian cukai pegangan ke atas pembayaran faedah pinjaman
86.Pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan.
87.Pakej insentif percukaian bagi membangunkan Pusat Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) seperti pengecualian cukai pendapatan 100% bagi tempoh 10 tahun
88.Pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD.
89.Potongan cukai diberi bagi tempoh 3 tahun ke atas perbelanjaan penerbitan sukuk wakala mulai tahun taksiran 2012.
90.Pengecualian cukai pendapatan ke atas penerbitan dan urus niaga sukuk bukan ringgit dilanjutkan selama tiga tahun lagi.
91.Pelanjutan selama 5 tahun lagi bagi kadar cukai konsesi 10% ke atas pelabur institusi bukan korporat dan pelabur individu yang melabur dalam Amanah Pelaburan Hartanah (REIT).
92.Potongan cukai atas fi francais yang ditanggung oleh francaisi.
93.Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais kepada pemegang francais akan dilanjutkan sehingga 2013 bagi mengimport kereta hibrid. Industri Perhotelan
94.Memberi Galakan Taraf Perintis dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% atau Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% bagi tempoh 5 tahun kepada pengusaha yang melabur dalam hotel baru bertaraf 4 dan 5 bintang di Semenanjung Malaysia.

MELIGAT PELABURAN
1.Meliberalisasi 17 subsektor perkhidmatan
2.Pelaksanaan Rolling Plan Kedua berjumlah RM98.4 bilion
3.Pengurusan nilai bagi projek baru bernilai RM50 juta ke atas
4.Dana Mudahcara perkongsian awam-swasta (PPP) – RM2.5 Bilion
5.Pembangunan Lima Wilayah Koridor (RM978 juta)
6.Pakej Rangsangan Khas – RM6 Bilion.

MEMPERGIAT PERUSAHAAN KECIL SEDERHANA (PKS)
7.Dana Pembiayaan PKS patuh syariah berjumlah RM2 bilion – Kerajaan menanggung 2% daripada kadar keuntungan 
8.Dana Inovasi Pengkomersialan PKS patuh syariah berjumlah RM500 juta – Kerajaan menanggung 2% daripada kadar keuntungan 
9.Dana SME Revitalisation Fund berjumlah RM100 juta kepada usahawan berwibawa untuk membangunkan semula perniagaan 
10.Dana Kecemasan PKS berjumlah RM10 juta bagi membiayai PKS yang terlibat dengan bencana alam MENCERNA KREATIVITI DAN MENCETUS INOVASI Tahun 2012 – Tahun Gerakan Inovasi 
11.Program penerapan & pembangunan inovasi di peringkat sekolah dan IPTA 
12.Program Jejak Inovasi bagi menggalakkan pencetusan idea baru 
13.Memperkenalkan Anugerah Cipta 1Malaysia 
14.Program realiti dan dokumentari di media 
15.Penyediaan Market Validation Fund (RM30 juta) 
16.Mengkomersialkan 300 harta intelek baru dalam bentuk produk dan teknologi baru – jangkaan GNI, RM30 Bil. 
17.Penganjuran World Innovation Forum dan Asia Business Angel Forum.

Dapatkan laporan lengkap seperti link di bawah :-