Sabtu, 24 Disember 2011

Tamatnya Riwayat Sang DGFE ~ Komplot G12 akhirnya Creet !!!


Hidup Mau Sedap !!! Hari demi hari sungguh mendebarkan terutamanya bank rimau masih belum menunjukkan tanda tanda kekenyangan. Sang Amirul Sehastamungkin pula membakar tahap terbaek membuatku saban hari tidak keruan ditambah pula preview Sang Melangkahalam yang riki secara solo di Canon KLCC dan si Tobab dengan preview yang dikutip dari youtube nya...amat menambahkan perisa bagai mencurah petrol di rimbunan api... demmm.... Demi komplot G12, ku tahan jua walaupun balang ke-5 aku tersedia untuk dikorbankan... kerana matlamat komplot G12 ini bermatlamat merembat kamera jenis nih secara berjamaah agar mendapatkan tawaran terbaeekkk untuk geng geng komplot. Hari demi hari... pelbagai dugaan yang melanda apabila salah seorang ahli komplot G12  menemui kecelakaan dan ketiadaan beliau mencacatkan lagi kemeriahan komplot... kusangka momentum akan berkurang namun jangkaanku meleset... komplot G12 masih bertemu dan berbincang di waktu makan tengahari. Apalagi tidak sah jikalau tidak berbicara tentang keupayaan kamera kompak semi -DSLR. Terus terang aku katakan... selama nih aku praktis DGFE secara solo dan sudah pasti tiada tekanan dari pihak luar... aku boleh tahan 4 tahun utk singa agogo namun  tapi kali ini agak istimewa... tekanan dari dalam dan luar sangat hebat walaupun harganya bukanlah menjadi ukuran namun semangat yang ditunjukkan oleh geng2 komplot sungguh luarbiasa. Dan ini juga kali pertama aku kalih DGFE dari mau memiliki DSLR kepada semi DSLR... yang pada hemat aku... keupayaan kamera G12 tidak boleh dipertikaikan... Ia muncul pada masa dan situasi yang tepat.

Tanggal 22 Disember 2011, kami sekali lagi berkumpul di Restoren Mamak Bismi kat Carrefour untuk menikmati makan tengahari. Tergezut laa aku si Tobab cakap gaji dah masuk woiii... ini bermakna geng2 komplot sudah memasuki fasa terakhir untuk merembat ini monster... Oleh kerana majoriti dah tak tertahan nafsunya...maka kami membuat keputusan, petang tu jugak kami akan menerjah ke kedai tony di Pudu Plaza walaupun Blogger Platspender tiada. Jam 4.45pm kami sudah bergerak ke sana dan akhirnya jam 6.00pm, terlampias sudaaa nafsu serakah Geng2 Komplot G12. Walaupun Blogger Sang Pletspender  (Sue) tiada bersama kami di saat itu, semangatnya tetap ada bersama kami. kami mohon si Tony untuk reserve 1 bijik lagi G12 untuk sahabat kami dan dijangka beliau creet dalam jangkamasa waktu yang terdekat ini... boleh ikuti blog beliau....

Dengan ini Komplot G12 akan menerjah ke satu dimensi yang baru dan semoga kita sama sama berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang dunia fotografi... tahniah kerana creet secara berjemaah... hahahahaha !!!! SEDAP woiii !!!!

Aku dedicate gambaq gambaq kat bawah ni khas untuk geng2 komplot G12... Korang memang SEDAP laa woiii !!!


-TAMMAT-

3 ulasan:

sehasta mungkin berkata...

adoi...gambar tukang racun tak de..ke....

HMS Admin berkata...

ada...ada... sorry lambat sket...

sehasta mungkin berkata...

terbaekkkkkk.....

Catat Ulasan